Wednesday, May 28, 2008

FoR=Re$t



For the rest of you…ha..ha..ha.. ini Gue mau cerita satu lagi episod tentang
Forestry Officer….kau orang boleh kata yang cerita Gue ini melampau sifatnya
atau Gue cuma nak buat gossip liar bikin sensasi…membuat tuduhan tanpa bukti yang sah.Aiseeymen!!! tanpa bukti bukan bermakna cerita gue ini tak sah.Tapi gue tak lah seganas ISA.

Seorang rakan Gue yang bekerja dengan Jabatan Perhutanan,tapi beliau cuma berpangkat rendah dalam jabatan; beliau cakap kalau pegawai-pegawai atasan Jabatan Perhutanan
memang mereka seronok dapat bertugas di daerah Kuala Lipis,Raub dan Jerantut.
Nak tau kenapa???…sebab sini lubuk duit bagi mereka.Di daerah ini masih banyak hutan
yang boleh di balak.Kawasan ini boleh dibalak secara legal atau illegal.Lazimnya atas kertas legal tapi on the ground banyak yang illegal.Bila banyak yang illegal fulus banyak
masuk beb.Kalau nak senang dan mewah pegawai-pegawai ini kena pandai bermain silapmata untuk cover kebejatan tauke-tauke balak ini.

Ambik contoh 3rd officer kat lipis ni,masa mula-mula datang sini dulu pakai kereta wira
cabuk je..tapi la ni nah berapa biji kereta mewah dia ada,yang nampak dimata ada 3 biji.Terkini dah ada Honda baru pulak tu.Untuk cover line kunun bini berniaga,alamak
meniaga alat mekap dan ubat tradisional tu berapa lah sangat masuknya.Itu pun sekarang dengar citer dah serah kat orang lain pun bisnez tu..ha..ha..

Seorang kawan gue pernah terserempak semasa seorang tauke menyerahkan $$$ $ecekak
kat 3rd Officer tu,tapi sayang kawan Gue tak sempat nak candid gambar dia…chisss kalau tak!!! bole buat bahan bukti kan..ha..ha..

Itu baru 3rd officer,belum citer yang 2nd dan 1st lagi ha..ha..ha..dengar citer 1st Officer yang baru pencen tu pun bekepok kumpul duit haram walaupun dah Haji.Gue harap mudah-mudahan pahala Gue cukup nak kautim dosa Gue mengumapat depa ni.Tapi Gue rasa dosa depa lebih banyak kut dengan Gue sebab banyak sangat dah hutan-hutan kat sini
dengan rakusnya di rogol dek depa.Kekadang Gue kesian dengan kerajaan Belanda yang
bagi dana untuk tolong jaga hutan kita.Dana pun depa sebat,hutan pun depa punah.Bila
Ducth tu datang pandai-pandai depa main wayang.Kena tipu idup-idup Ducth tu.Tapi
bila seorang Ducth buat filem “FITNA” depa tau marah pulak,kunun menghina Islam.

Rasuah tu tak hina Islam ke Bro!!!

Ia lah yang citer kat Gue kisah-kisah rasuah curi balak ni,kekawan kat dalam Jabatan gak.Depa cakap kalau boss tak kacau depa,depa pun tak ambik pusing apa boss nak buat
itu hal masing-masing,kalau ada kesempatan depa tumpang semangkok gak…ha..ha..

Sekiranya ada BPR tersesat and tervisit Blog Gue ni,harap-harap lu tolong lah jeling-jeling sikit kat Forestry Officer tu…at least depa slowdown lah sikit.Bukan setakat Gue,
monyet pun menyumpah dengan perangai lanun-lanun alamsekitar ni…tapi siapalah
kami nak bersuara,kami ni makhluk daif…cuma Gue bernasib baik sikit dari monyet-monyet tu,sebab Gue ada Blog untuk lepas geram.Anyway K.J cakap bloggers ni monyet.
Monyet pun monyet lah,jangan lanun sudah.

Thursday, May 22, 2008

CUNNING





Wow...gue masuk hutan agak lama..
tup..tup..bila keluar,Che Det KELUAR,keluar UMNO...
ha..ha..ha.. gue tatak helan looo...lantak dia lah...
Tapi ada satu yang gua paling suka tentang Dr M.
Gua suka tengok imperisi air muka dia
Bila dia bercakap,bila dia marah,bila dia nanggis dan bila dia sinis,,,
Bagi gua dia memang CUNNING dan lawak..ha..ha..
CUNNING than A FOX
that suite him as a politician...ha..ha.. pandai main wayang and pandai kenakan orang
ha..ha..ha..
Anyway that politic are for kan..ha..ha

Sunday, May 11, 2008

Kuala Tahan as I see it (2)

WELCOME TO THE OLDEST RAINFOREST


FORBIDDEN AFFAIRS


Hisssssssshhh.....BEWARE


QUEST OF KNOWLEDGE



CHECK MATE

FoR+rESt


“Our rainforest are 130 million years old.”

Fullamak tua tu bang…Betuah kita ada hutan setua itu.Terutama negeri Pahang Darul(Makmur) ini.Banggaaaaa giler aku jadi orang Pahang.Di Pahang ni besor-besor belaka.Negeri Besor,sungai besor,hutan besor,Kasino besor pendek kata semuanya besorlah.Selera pun besor gamaknya…nak di guane kan ‘BALAK’nya pun besorrr!!.

Dua tiga hari lepas,aku tersedak besor,bila anak telinga aku tertangkap perbualan

sekumpulan kakitangan Jabatan Perhutanan berborak di restoran Nusa Holiday Village.

Mereka baru balik daripada Kg.Pagi,setelah selesai menjalankan tugasan disana.

Bersama mereka seorang taukey balak cina.

Sambil memandang kearah hutan Taman Negara yang bersetentangan

dengan restoran Nusa.Ini lah perbualan mereka.:-

4rest: Mende paedahnya simpan hutan-hutan tu,cubalah di bangunkan kawasan tu.Elok

balak-balak itu di bawak keluor je,dapat lah juga hasilnya.

Taukey: Aiyaaa…lu cakap manyak metul looo…sana dalam manyak kayu baik-baik

punya…bole dapat wang juta-juta oooo.Tua punya kayu halga manyak tinggi.

Kawan aku Rosli pengurus Nusa Holiday Village menyampuk.

Rosli: Hutan itu kena dikekalkan,tak boleh di ganggu.Ianya hutan tertua di dunia perlu

di pelihara untuk kesejahteraan biodiavasiti kita dan seluruh dunia.Kalau hutan

kita punah kehidupan manusia juga akan musnah.

4rest: Entahlah bagi aku balik-balik pokok itu akan mati juga akhirnya.Pada rugi gitu je

baik tebang buat balak dapat juga duit.

Taukey: Betul…betul…bikin wang lagi baik ooo..oooo

Hah! itu orang Jabatan Perhutanan punya idea.Tahap mana kefahaman dia tentang konservasi alam sekitar dan pentingnya menjaga hutan kita aku tak tahu.Apa yang ada

dalam silibus latihan mereka pun aku tak tahu.

Yang jelas DUIT adalah raja...Betul aku cakap…tak percaya?? Cuba tanya seorang

TENGKU berbangsa Cina yang tersohor di Pahang ini.

Yang anehnya duit balak Pahang yang banyak-banyak tu lepas kemana yek?!

Dengar cerita banyak mengalir ke Pakistan dan juga London.Saya dengar cerita orang,

kalau betul cakap orang tu betul lah saya,kalau peda’ah orang tu saya minta maaf

bukan niat saya nak buat peda’ah.

Jabatan Perhutanan dalam bahasa Inggeris Forestry Department.Selalu orang kita sebut

FOREST je.Ha..ha..ha..aku setuju sangat.”FOR-REST”.Kena sangat lah tu.

Jom kita REST.

Thursday, May 8, 2008

Senja yang VIBRANT




Gua hampir saja terlepas pandang akan fenomena alam yang mewarnai layar langit Kg,Kuala Sat petang itu.Kelekaan berbual dan kedudukan gua di bawah Khemah yang menjadi faktor kalau gua tak dapat menikmaati keindahan warna alam yang di lukis oleh
Sang Maha Pencipta.

Nasib baik kenalan baru gua,gadis Insyiur dari Putrajaya yang inform gua.

“Abang tengok cantik”

“Yes..tq Nat!”

Gua pun terus sambar Digital Olympus FE170 and Klik!..Klik..

Juga gua tolong Klik untuk Nat juga dengan digital camera dia yang jauh lebih mahal dari gua punya.

What a beautiful evening.Terima kasih Allah kerana menghadiahkan senja ini pada kami.

So Nat this song is for U..hope you enjoyed it.Thanks 4 the Friendship.

Good Luck in Gelang Patah,I hope you jumpa apa yang you cari..ha..ha..ha




Thursday, May 1, 2008

Rating


Segalanya berlaku secara tidak sengaja...gua punye kawan Benhaper..yang suka merayau dalam blog orang...tetiba termasuk dalam blog meat-bahasa,wow brother ni punya Blog cun giler beb....

nak jadi citer kat blog bro ni ada website yang boleh bagi rating kat blog-blog yang ada...so gua pun nakal-nakal tangan cuba lah....nah result nya kat sebelah kanan nunnnn....ha..ha..Meat-bahasa cakap komputer tak buat silap...so aku kira yang sebenarnya GENIUS lu orang yang rajin masuk Blog gua,bukan gua.Terima kasih lah kerana sudi membaca apa yang gua merapu kat sini...ha..ha..terima kasih gak kat Benhaper.