Wednesday, May 28, 2008

FoR=Re$t



For the rest of you…ha..ha..ha.. ini Gue mau cerita satu lagi episod tentang
Forestry Officer….kau orang boleh kata yang cerita Gue ini melampau sifatnya
atau Gue cuma nak buat gossip liar bikin sensasi…membuat tuduhan tanpa bukti yang sah.Aiseeymen!!! tanpa bukti bukan bermakna cerita gue ini tak sah.Tapi gue tak lah seganas ISA.

Seorang rakan Gue yang bekerja dengan Jabatan Perhutanan,tapi beliau cuma berpangkat rendah dalam jabatan; beliau cakap kalau pegawai-pegawai atasan Jabatan Perhutanan
memang mereka seronok dapat bertugas di daerah Kuala Lipis,Raub dan Jerantut.
Nak tau kenapa???…sebab sini lubuk duit bagi mereka.Di daerah ini masih banyak hutan
yang boleh di balak.Kawasan ini boleh dibalak secara legal atau illegal.Lazimnya atas kertas legal tapi on the ground banyak yang illegal.Bila banyak yang illegal fulus banyak
masuk beb.Kalau nak senang dan mewah pegawai-pegawai ini kena pandai bermain silapmata untuk cover kebejatan tauke-tauke balak ini.

Ambik contoh 3rd officer kat lipis ni,masa mula-mula datang sini dulu pakai kereta wira
cabuk je..tapi la ni nah berapa biji kereta mewah dia ada,yang nampak dimata ada 3 biji.Terkini dah ada Honda baru pulak tu.Untuk cover line kunun bini berniaga,alamak
meniaga alat mekap dan ubat tradisional tu berapa lah sangat masuknya.Itu pun sekarang dengar citer dah serah kat orang lain pun bisnez tu..ha..ha..

Seorang kawan gue pernah terserempak semasa seorang tauke menyerahkan $$$ $ecekak
kat 3rd Officer tu,tapi sayang kawan Gue tak sempat nak candid gambar dia…chisss kalau tak!!! bole buat bahan bukti kan..ha..ha..

Itu baru 3rd officer,belum citer yang 2nd dan 1st lagi ha..ha..ha..dengar citer 1st Officer yang baru pencen tu pun bekepok kumpul duit haram walaupun dah Haji.Gue harap mudah-mudahan pahala Gue cukup nak kautim dosa Gue mengumapat depa ni.Tapi Gue rasa dosa depa lebih banyak kut dengan Gue sebab banyak sangat dah hutan-hutan kat sini
dengan rakusnya di rogol dek depa.Kekadang Gue kesian dengan kerajaan Belanda yang
bagi dana untuk tolong jaga hutan kita.Dana pun depa sebat,hutan pun depa punah.Bila
Ducth tu datang pandai-pandai depa main wayang.Kena tipu idup-idup Ducth tu.Tapi
bila seorang Ducth buat filem “FITNA” depa tau marah pulak,kunun menghina Islam.

Rasuah tu tak hina Islam ke Bro!!!

Ia lah yang citer kat Gue kisah-kisah rasuah curi balak ni,kekawan kat dalam Jabatan gak.Depa cakap kalau boss tak kacau depa,depa pun tak ambik pusing apa boss nak buat
itu hal masing-masing,kalau ada kesempatan depa tumpang semangkok gak…ha..ha..

Sekiranya ada BPR tersesat and tervisit Blog Gue ni,harap-harap lu tolong lah jeling-jeling sikit kat Forestry Officer tu…at least depa slowdown lah sikit.Bukan setakat Gue,
monyet pun menyumpah dengan perangai lanun-lanun alamsekitar ni…tapi siapalah
kami nak bersuara,kami ni makhluk daif…cuma Gue bernasib baik sikit dari monyet-monyet tu,sebab Gue ada Blog untuk lepas geram.Anyway K.J cakap bloggers ni monyet.
Monyet pun monyet lah,jangan lanun sudah.

1 comment:

Anonymous said...

Cerita pasal corruption ni actually isu yang sensitif. Tapi mengenangkan depa asik2 me-remind-kan kita pasal jangan involve dengan rasuah, i really feel pissed off.
Apa yang perlu kita kata pada depa balik ialah: "I am 1000x better than YOU, i tak ambik duit rakyat". Duit yang sepatutnye pergi kepada tax, tak kesampaian.... Maka duit yang sepatutnye pergi kepada education, medical dan petrol subsidi tak dapat di bahagikan kepada rakyat sama-rata. Ramai lagi yang susah. Yang sederhana pun akan bertambah susah... Malaysia yang dulunye sama naik dengan korea, hong kong, singapore, akan ketinggalan sepertimana jiran kita di Thailand. Naik, naik... pastu.. turun balik... So, bila kita nak naik sebenarnye?