Showing posts with label Enviromental issue. Show all posts
Showing posts with label Enviromental issue. Show all posts

Thursday, June 12, 2008

Lukisan Alia



Bumi ini semakin panas
Payungkan lah kami
Kami masih ingin bermain,menari bersama angin
Hembuskan lah bayu.

P/s Saya kutip lukisan anak comel 5 tahun ini dari Abahnya,
Lalu saya bingkaikan,dengan harapan agar Alia dapat
menjadikan ia perhiasan kamar hidupnya.

Kalau hendak menatap wajah Alia sila kelip Benharper kat sebelah

Tuesday, June 10, 2008

Global yang Panas


Seekor penyu mati menguyah plastik sampah di Pulau Perhentian
Seekor Punai mati terlangar tingkap kaca Rumah Jabatan Hutan
di Taman Rimba Kenong

Seorang aku mati suara melihat Pak Mentri terkial-kial menjawab
tentang kewajaran harga minyak dinaikkan, di dalam Satu
program Tivi semalam.

“I’m lower than trash because at least the trash gets recycled.”

-TOMOHIRO KATO.

Anak remaja Jepun ini telah tersesat jalan fikir,otak
waras telah teracau oleh virus ketegangan hingga mengerakkan
fizikalnya menjadi pembunuh yang sadis.SAyAng di SaYaNg.
Apa lah ertinya kemajuan kalau begini.

Suhu global semakin panas.

Monday, June 9, 2008

FoR-ReSt-TrEE


Berita Tivi 9Jun jam 8.00 malam.
Izinkan gua nak memaki hamun dan menyeranah
Tak pe gua maki hamun dalam bahasa Melayu dan Tamil
kalau bahasa English karang kesat sangat bunyinya.
So kerana ini blog gua,maka ini lah medan gua nak lepas geram
o.k semburan maki hamun gua berbunyi begini(dengan izin):

“PALAT,PuDeK..KiyaMak...POrah La lu Lanun"

macamana gua tak radang,2 kes pencerobahan yang di beritakan itu
memang sangat menyakitkan hati.

Kes 1

Dandut dan PELACURAN kat Ulu Yam,betul-betul kat sebelah Pejabat
Jabatan Hutan dan Surau.Dengan selamba tanpa rasa malu pegawai tu
jawab kami tak tahu dan tak sedar pekara ini berlaku,sebab kegiatan
haram ini berjalan di tengah malam…Pehh..mamat kalau lu tak jawab
lagi bagus lah daripada bagi alasan bahalul lu tu…nampak sangat
lah lu orang korup…silap haribulan ada antara lu orang yang tumpang
sekaki pancut air geli kat dangdut tu.Ala kalau tokey-tokey balak
nak entertain lu orang tak mustahil kan.?

Kes 2.

Lagi-lagi lah Pak Karam Singh membuka pekong lu orang.Lagi-lagi lah
kau orang beralasan tak cukup kaki tangan nak pantau kegiatan menceroboh
hutan.Kalau orang lain bole nampak,orang duduk K.L tu boleh perasan..lu orang punya mata dan telinga mana letak bro?!!! kat lutut ke?

Balik-balik alasan lembik kau orang tak cukup kaki tangan.
Nanti Allah cabut betul betul kaki tangan kau orang baru tahu…
Kalau pelancong bersunggut, yang peliknya kau orang marah kat pelancong,
sampai kepada menteri-menteri bising,tuduh pelancong Bias.
Sudah-sudah lah makan rasuahnya sebelum bala dari Allah sampai.
Aku kesian Pak Lah duk betempik melalak suruh hapus rasuah,
kau orang buat dek je macam pipit tuli.

Gua tau sangat lah betapa jernihnya air sungai kat Fort Mensun
dan kat Fort Telanok tu,Terisu pun sama
…gua penah duk kat atas dalam tahun awal 80an.Jernih macam
airmata..walau hujan lebat camana pun.Sekarang macam air teh tarik,
uweeek!! kesian orang-orang asli kat situ..dah lah likat dengan lumpur
tecemar racun pulak,Sampai berjangkit ke Sungai Jelai..
hatta gua kat Lipis dapat tempias sama.

Dah macam mana gua tak hangat …
Gua dapat menyalak kat Blog ni pun kira ok lah buat lepas tension,
biar pun salakan Gua seperti menyalak bukit.
Sekurang-kurangnya gua tak lah macam anjing bercawat ekor.
Lu orang tau peribahasa tu….Anjing bila takut dia tutup kote dia dengan ekor

#Di tahun-tahun 70an dan awal 80an minyak masak boleh di beli dalam bentuk kiub
di potong-potong macam sabun kat Cameron,begitulah sejuknya cuaca Cameron masa tu

Wednesday, June 4, 2008

Environment Day


The relentless growth of human population has led surging demands for everything from energy to food and other resources.The proliferation of electronic household gadget means that we are using more electricity and releasing more carbon.

Today the world produces and consumes more than ever before.And yet to the large majority of its 6.4 billion inhabitants,deforestation and global warming are much less a concern than food,shelter,health,jobs and political stability.So the conservation cause is still struggling to gain a football in some poor countries.

For richer counterparts,however,the pursuit of economic has force ecology into the background.The fact that economic well being is intricately tide to that of land,water,skies is often ignored.

We must remind ourselves of the cath phrase “sustainable development”-we need to find
new ways of making a living without running the environment into the ground.

-Article by Tan Cheng Li. STAR 5th JUNE 2008

Green soul macam gue kira hari ni hari gue la,so gue petik artikel dari The Star ni untuk di kongsi bersama..ehh..wa mau cakap kat lu…sebagai orang muslim kalau kita tak ada jiwa enviromentalist kira muslim kita ada cacat tau…laa..lu orang tak caye ke…ok lu try tanya Ustaz tengok..betul tak wa cakap.Tapi jagan tanya ustaz jenis yang kena tipu kuiz SMS,AF tu…problem sikit tu…mungkin mind dia tak berapa sama dengan mind gua..ha..ha..

Kalau lu orang betul-betul baca Al-Quran,memang setiap muslim kena mensejahtera
kan alam.Enviromental concern ni memang ajaran Islam sah-sah..tapi kita muslim selalu tak ambil kisah akan ajaran Al-Quran..walaupun dah jadi johan Musabaqah berpuluh kali still suka buang sampah merata-rata ikut suka hati..paling teruk main buang sampah dalam sungai akal ada ka? .Hatta kalau gi kat surau kampong-kampong atau masjid-masjid kat depan laman belambak longgokan plastik-plastik sampah.Tandas? lu orang tengok lah sendiri..ha..ha..Eh..eh lu orang rasa mencemar alam ni tak berdosa ke? Woiiii dosa la…

HIJAU ITU WARNA SYURGA

Ok lah sempena Environment day ini gua kasi lu orang layan video clip Fabulous Echo
Wayang gambar paling gua minat masa kanak-kanak dulu,Hatari nama filem ni dan lagu
ni jodolnya Baby Elephant walk…cute gajah tu kan.

“THE FUTURE OF ALL LIFE ON EARTH DEPENDS ON EACH

AND EVERYONE OF US.”


Wednesday, May 28, 2008

FoR=Re$t



For the rest of you…ha..ha..ha.. ini Gue mau cerita satu lagi episod tentang
Forestry Officer….kau orang boleh kata yang cerita Gue ini melampau sifatnya
atau Gue cuma nak buat gossip liar bikin sensasi…membuat tuduhan tanpa bukti yang sah.Aiseeymen!!! tanpa bukti bukan bermakna cerita gue ini tak sah.Tapi gue tak lah seganas ISA.

Seorang rakan Gue yang bekerja dengan Jabatan Perhutanan,tapi beliau cuma berpangkat rendah dalam jabatan; beliau cakap kalau pegawai-pegawai atasan Jabatan Perhutanan
memang mereka seronok dapat bertugas di daerah Kuala Lipis,Raub dan Jerantut.
Nak tau kenapa???…sebab sini lubuk duit bagi mereka.Di daerah ini masih banyak hutan
yang boleh di balak.Kawasan ini boleh dibalak secara legal atau illegal.Lazimnya atas kertas legal tapi on the ground banyak yang illegal.Bila banyak yang illegal fulus banyak
masuk beb.Kalau nak senang dan mewah pegawai-pegawai ini kena pandai bermain silapmata untuk cover kebejatan tauke-tauke balak ini.

Ambik contoh 3rd officer kat lipis ni,masa mula-mula datang sini dulu pakai kereta wira
cabuk je..tapi la ni nah berapa biji kereta mewah dia ada,yang nampak dimata ada 3 biji.Terkini dah ada Honda baru pulak tu.Untuk cover line kunun bini berniaga,alamak
meniaga alat mekap dan ubat tradisional tu berapa lah sangat masuknya.Itu pun sekarang dengar citer dah serah kat orang lain pun bisnez tu..ha..ha..

Seorang kawan gue pernah terserempak semasa seorang tauke menyerahkan $$$ $ecekak
kat 3rd Officer tu,tapi sayang kawan Gue tak sempat nak candid gambar dia…chisss kalau tak!!! bole buat bahan bukti kan..ha..ha..

Itu baru 3rd officer,belum citer yang 2nd dan 1st lagi ha..ha..ha..dengar citer 1st Officer yang baru pencen tu pun bekepok kumpul duit haram walaupun dah Haji.Gue harap mudah-mudahan pahala Gue cukup nak kautim dosa Gue mengumapat depa ni.Tapi Gue rasa dosa depa lebih banyak kut dengan Gue sebab banyak sangat dah hutan-hutan kat sini
dengan rakusnya di rogol dek depa.Kekadang Gue kesian dengan kerajaan Belanda yang
bagi dana untuk tolong jaga hutan kita.Dana pun depa sebat,hutan pun depa punah.Bila
Ducth tu datang pandai-pandai depa main wayang.Kena tipu idup-idup Ducth tu.Tapi
bila seorang Ducth buat filem “FITNA” depa tau marah pulak,kunun menghina Islam.

Rasuah tu tak hina Islam ke Bro!!!

Ia lah yang citer kat Gue kisah-kisah rasuah curi balak ni,kekawan kat dalam Jabatan gak.Depa cakap kalau boss tak kacau depa,depa pun tak ambik pusing apa boss nak buat
itu hal masing-masing,kalau ada kesempatan depa tumpang semangkok gak…ha..ha..

Sekiranya ada BPR tersesat and tervisit Blog Gue ni,harap-harap lu tolong lah jeling-jeling sikit kat Forestry Officer tu…at least depa slowdown lah sikit.Bukan setakat Gue,
monyet pun menyumpah dengan perangai lanun-lanun alamsekitar ni…tapi siapalah
kami nak bersuara,kami ni makhluk daif…cuma Gue bernasib baik sikit dari monyet-monyet tu,sebab Gue ada Blog untuk lepas geram.Anyway K.J cakap bloggers ni monyet.
Monyet pun monyet lah,jangan lanun sudah.

Sunday, May 11, 2008

FoR+rESt


“Our rainforest are 130 million years old.”

Fullamak tua tu bang…Betuah kita ada hutan setua itu.Terutama negeri Pahang Darul(Makmur) ini.Banggaaaaa giler aku jadi orang Pahang.Di Pahang ni besor-besor belaka.Negeri Besor,sungai besor,hutan besor,Kasino besor pendek kata semuanya besorlah.Selera pun besor gamaknya…nak di guane kan ‘BALAK’nya pun besorrr!!.

Dua tiga hari lepas,aku tersedak besor,bila anak telinga aku tertangkap perbualan

sekumpulan kakitangan Jabatan Perhutanan berborak di restoran Nusa Holiday Village.

Mereka baru balik daripada Kg.Pagi,setelah selesai menjalankan tugasan disana.

Bersama mereka seorang taukey balak cina.

Sambil memandang kearah hutan Taman Negara yang bersetentangan

dengan restoran Nusa.Ini lah perbualan mereka.:-

4rest: Mende paedahnya simpan hutan-hutan tu,cubalah di bangunkan kawasan tu.Elok

balak-balak itu di bawak keluor je,dapat lah juga hasilnya.

Taukey: Aiyaaa…lu cakap manyak metul looo…sana dalam manyak kayu baik-baik

punya…bole dapat wang juta-juta oooo.Tua punya kayu halga manyak tinggi.

Kawan aku Rosli pengurus Nusa Holiday Village menyampuk.

Rosli: Hutan itu kena dikekalkan,tak boleh di ganggu.Ianya hutan tertua di dunia perlu

di pelihara untuk kesejahteraan biodiavasiti kita dan seluruh dunia.Kalau hutan

kita punah kehidupan manusia juga akan musnah.

4rest: Entahlah bagi aku balik-balik pokok itu akan mati juga akhirnya.Pada rugi gitu je

baik tebang buat balak dapat juga duit.

Taukey: Betul…betul…bikin wang lagi baik ooo..oooo

Hah! itu orang Jabatan Perhutanan punya idea.Tahap mana kefahaman dia tentang konservasi alam sekitar dan pentingnya menjaga hutan kita aku tak tahu.Apa yang ada

dalam silibus latihan mereka pun aku tak tahu.

Yang jelas DUIT adalah raja...Betul aku cakap…tak percaya?? Cuba tanya seorang

TENGKU berbangsa Cina yang tersohor di Pahang ini.

Yang anehnya duit balak Pahang yang banyak-banyak tu lepas kemana yek?!

Dengar cerita banyak mengalir ke Pakistan dan juga London.Saya dengar cerita orang,

kalau betul cakap orang tu betul lah saya,kalau peda’ah orang tu saya minta maaf

bukan niat saya nak buat peda’ah.

Jabatan Perhutanan dalam bahasa Inggeris Forestry Department.Selalu orang kita sebut

FOREST je.Ha..ha..ha..aku setuju sangat.”FOR-REST”.Kena sangat lah tu.

Jom kita REST.