Sunday, May 11, 2008

FoR+rESt


“Our rainforest are 130 million years old.”

Fullamak tua tu bang…Betuah kita ada hutan setua itu.Terutama negeri Pahang Darul(Makmur) ini.Banggaaaaa giler aku jadi orang Pahang.Di Pahang ni besor-besor belaka.Negeri Besor,sungai besor,hutan besor,Kasino besor pendek kata semuanya besorlah.Selera pun besor gamaknya…nak di guane kan ‘BALAK’nya pun besorrr!!.

Dua tiga hari lepas,aku tersedak besor,bila anak telinga aku tertangkap perbualan

sekumpulan kakitangan Jabatan Perhutanan berborak di restoran Nusa Holiday Village.

Mereka baru balik daripada Kg.Pagi,setelah selesai menjalankan tugasan disana.

Bersama mereka seorang taukey balak cina.

Sambil memandang kearah hutan Taman Negara yang bersetentangan

dengan restoran Nusa.Ini lah perbualan mereka.:-

4rest: Mende paedahnya simpan hutan-hutan tu,cubalah di bangunkan kawasan tu.Elok

balak-balak itu di bawak keluor je,dapat lah juga hasilnya.

Taukey: Aiyaaa…lu cakap manyak metul looo…sana dalam manyak kayu baik-baik

punya…bole dapat wang juta-juta oooo.Tua punya kayu halga manyak tinggi.

Kawan aku Rosli pengurus Nusa Holiday Village menyampuk.

Rosli: Hutan itu kena dikekalkan,tak boleh di ganggu.Ianya hutan tertua di dunia perlu

di pelihara untuk kesejahteraan biodiavasiti kita dan seluruh dunia.Kalau hutan

kita punah kehidupan manusia juga akan musnah.

4rest: Entahlah bagi aku balik-balik pokok itu akan mati juga akhirnya.Pada rugi gitu je

baik tebang buat balak dapat juga duit.

Taukey: Betul…betul…bikin wang lagi baik ooo..oooo

Hah! itu orang Jabatan Perhutanan punya idea.Tahap mana kefahaman dia tentang konservasi alam sekitar dan pentingnya menjaga hutan kita aku tak tahu.Apa yang ada

dalam silibus latihan mereka pun aku tak tahu.

Yang jelas DUIT adalah raja...Betul aku cakap…tak percaya?? Cuba tanya seorang

TENGKU berbangsa Cina yang tersohor di Pahang ini.

Yang anehnya duit balak Pahang yang banyak-banyak tu lepas kemana yek?!

Dengar cerita banyak mengalir ke Pakistan dan juga London.Saya dengar cerita orang,

kalau betul cakap orang tu betul lah saya,kalau peda’ah orang tu saya minta maaf

bukan niat saya nak buat peda’ah.

Jabatan Perhutanan dalam bahasa Inggeris Forestry Department.Selalu orang kita sebut

FOREST je.Ha..ha..ha..aku setuju sangat.”FOR-REST”.Kena sangat lah tu.

Jom kita REST.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau 'for-rest' tu jadi R.I.P (rest in peace) pun ok gak... Memang kene sangat dengan pemahaman mereka-mereka yang tak faham konsep 'sharing with the rest'. Harap-harap, pokok-pokok tu di selamatkan daripada dipapah dek yang tamak...

PARADISE THEATRE said...

ha..ha..ha..R.I.P,bagus idea tu tq.