Wednesday, September 10, 2008

Alompak ago-go II


Shuk
Kini jenaka rakit Mek Sepiah tu telah hilang ditelan terowong masa
Blok E,Sekolah Menengah Clifford.Orang2 tua lama K.Lipis
menyebutnya “Kelipat skol””.Lagenda rumah rakit Mek Sepiah
telah berkubur,Begitu juga rumah-rumah rakit yang lain,termasuk
juga rakit pengkalan bot jabatan kerajaan,tidak lagi menghiasi
langskap Sg.Jelai.Perahu-perahu bot yang dulu meriah hilir mudik
di dada Sg.Jelai bukan lagi warna senario hari-hari di Kuala Lipis.
Meriah aktivitinya telah mati,Sg,Jelai dan Jelai street nya juga
usang dan lesu…demikianlah juga kedai runcit Kunci Koya.

Shuk
Yang memeriahkan dunia kita ketika itu element-elementnya ialah
Aiskrim tikam,apam balik,bermain getah gelang dan main
tepuk gambar.Di atas segala kemeriahan itu ialah Paradise
Theater dan tayangan Cheap Matnee nya.Filem koboi ada
lah hiburan kita nombor wahid.Kenangan paling manis aku
ialah bila abang kau Kemar belanja aku tengok cerita Hatari
lakunan John Wayne.(klik sini).Kau ingat lagi tak pada Satu
karektor yang sinonim dengan Paradise Theater? Apek gila
bintang…ha..ha..ha apek tua yang selalu mundar madir
di situ,baju dan topi nya di penuhi penutup botol oren.Beliau
jadikan penutup botol ini sebagai lencana kebesaran.

Shuk
Those were the day that we are so young and free.
The moment that I missed so much.Paling-paling pun yang mengecutkan
perut kita cuma momokan emakayah kita tentang kling penyabit kepala.
bila ada dengar jambatan baru hendak di bina maka gempar lah kita
dengan cerita ini. Tetapi seingat aku tak ada pun kes budak hilang di zaman
tu.Kes-kes rogol dan bunuh adalah sesuatu yang boleh kata tak didengari langsung…barangkali kita masih terlalu mentah untuk ambik pusing tentang segala.

Shuk.
Baru baru ini aku bergurau dengan seorang kawan.

“Nina kalau u masih layan lagu dari Westlife,u da di kira klasik tau..”

So Shuk bayangkan lah kita ni yang masih layan Carpenters,
Bee Gees paling karat Ahmad Jais dan Sanisah Huri..gamaknya
kita sudah boleh dikira manusia purba dari Taman Jurasic..ha..ha.
Tapi Shuk aku masih rindukan dan selesa dengan Kuala Lipis
yang dulu.Kuala Lipis yang masih ada Malay Bazzar.Kuala Lipis
yang cool,aku ingat lagi bila musim sejuk disini aku suka tengok
minyak masak yang membeku di botol kaca.Arwah mak aku namakan
fanomena minyak beku itu dengan istilah minyak tidor.Anyway
kita manusia kena akur dengan reality kehidupan.Tiada keabadian di sini
Aki Kawi,Tok Siak Zahari,Makcik Sa’ellah,Bedah Latik hatta Mek Sepiah
itu antara watak-watak unggul di Kuala Lipis dulu.Tetapi mereka semua sudah
tiada lagi,telah pergi kepangkuan Ilahi.

Shuk
Kalau kau tanya aku,dengan pasti aku katakan bahawa daerah kelahiran
kita ini telah melepasi Golden Era nya.Biar pun sekarang ia kelihatan pesat membangun,tapi seri wajah ayu nya telah sirna ditelan kemajuan.
Pembagunan “moden” ini telah memunah ranahkan coolnya.
Kuala Lipis semakin panas.Panas alam dan panas manusianya.

Shuk
Pakcik Man pun dah tua dan mula dimamah keuzuran.Menantap
hari-hari Kuala Lipis ini sama lah seperti aku menatap wajah tuanya
yang semakin berinsut senja.Kuala Lipis sekarang banyak di singgahi
burung-burung hijrah dari Denmark.Aku suka mengkiaskan:
kalau Kelantan merupakan serambi Mekah,Kuala Lipis pula terkenal
sebagai serambi Denmark…ok kawan lain kali kita nyembang lagi.


Kepada lu orang yang tetido sila bangun..sebelum keluar sila layan
lagu runut filem ini….

Selesai

22 comments:

Anonymous said...

hebat Kelipat Skol tu.. mampu melahirkan bintang utama negara dalam dunia seni bertaraf DATO'..

Unknown said...

PT...nina bkn dgr lagu westlife laa tp lagu New Kids on The Block....itu mmg lagu usang tuh!!..

Anonymous said...

Hahaha.... Klasik pun, klasik lah... Zaman stone age ler gamaknyer. Tapi kan, org masih ingat lagi t-rex. Ingat lagi triceratops... History tu... Penting tu, kene preserve history tu... Di sebabkan history, kita masih lagi berada di sini...(Nina)

ubilepih said...

oppsss sori..tq nat atas pembetulan.

Betul la tu gua jenis flintstone..kih..kih..

Bukan saja melahirkan Dato,melahirkan datin-datin...pun berlambak...melahirkan ulama je tak ada...wink

Anonymous said...

bro..gua amat gemar lagu ALOMPAK AGOGO tu..tapi dia guna bahasa apa tu? bukan bahasa melayu kan? bahasa minang ke?

ubilepih said...

Lagu ini dalam bahasa Boyan,dari kumpulan Swallows band group era 60an,band ni top lagu la 0be depa pernah menduduki top ten di radio Frankfurt zaman tu,sape kata band dulu tak klass..lu mau dengar lagu la obe gi visit blog Ben..nak tau sejarah muzik band ni try tanya meor gua rasa dia tahu.

Unknown said...

ooo..cam gitu bhs boyan xplak saya perasan sb bila msk korus saya paham.

mmm..era 60an? im not even in my mom's womb..

ubilepih said...

P.Nat masa tu pun gua masih kecil..sgt kecil besar semut cuma...tapi da bole la ago-go cikit-cikit:)

IKRAB family said...

nak nyampuk gak ye hehehe.aiskrim tikam tuh wa ingat masa tu wa kecik lagi..tak berapa ingat sgt...yg apek jual asikrim pakai beskal then buh duit tikam2 gamabr aiskrim tu ye.wa ada nengok bduak2 laki beli tapi mak wa tak bg tikam2 ni,nak beli je.apa hadiah dia?aiskrim ke duit?

Anonymous said...

ooo..macam tu rupanya bahasa boyan ye..satu masa dulu KL ramai boyan.. tapi sekarang ni tak tau la..mungkin masih ramai tapi susah nak kenal dan susah nak bezakan dengan yang bukan boyan sebab yang bukan boyan pun dah macam boyan sekarang ni..

hahaha..jangan salah paham..aku bukan racist..

PS-Lepih ramai boyan ke?

ubilepih said...

Wah..sis Unggu lu betul2 anak yg tepelihara dan telarang semasa kecik kamu...seperti minyak yg penuh so advencer kecil kamu tak meriah sgt la kan...adiah dia askrim magkuk.

Boyan x ada kat lepih...lombok belambak..sekarang...masa era 60an ada gak dia kumpulan pop jawa tapi gua da lupa apa nama kmplan tu...nanti gua cari bila nak tayang pilem jerman nanti.

ubilepih said...

Ejaan sebenar boya ialah BAWEAN...suku ektik dari seberang,sama seperti Mendaling dan Minagkabau...

Anonymous said...

kemakmuran malaysia sentiasa dicemburui oleh org asing..justeru itu pelbagai fitnah dilontarkan bagi memburukkan imej negara kita yang tercinta ini..

satu contoh media asing cuba memburukkan imej negara ialah apabila ada laporan media yang mengatakan bahawa ada seorang wanita asing (dipercayai dari mongolia) diletupkan menggunakan bom C4 di kawasan hutan puncak alam.. ini semua FITNAH BELAKA!!!

sebenarnya tidak ada sesiapa yang mati..kejadian sebenar adalah seperti berikut :

i) yang diletupkan bukanlah manusia tapi sebuah patung lilin yang dibentuk menyerupai seorang wanita cantik berketurunan mongolia..

ii) bahan letupan yang digunakan bukanlah C4 tapi mercun papan dan mercun telur katak..

iii) kejadian tersebut tidak berlaku di puncak alam tapi berlaku di siberia sana..

tak percaya? tunggulah keputusan mahkamah mengenai kes ini..

PS-Ish..macam2 cara org luar nak tipu kita..diaorang ingat org malaysia ni bodoh2 ke? kami semua pandai la..kerajaan buat sekolah banyak..so kami semua pegi sekolah la..PUI!!!

ubilepih said...

Cool...cool,En.Usin..ha..ha..pose..pose bro....Mahkamah yg lagi satu ada...warga Dunia pun bukan bodo...

Anonymous said...

encik ubilepih..aok mengmit memori koi la..

main tepuk gambo, main getoh gelang.. koi dulu, beretet getoh kat tgn..:D dulu sudoh main, surok gambor atas mende org gelor tu.. kayu palang lantai bawoh rumoh tu..long koi garang ngat weh..kala dia jumpa gambo, habis diambiknya..tak tau dia buang ke, dia bako ke..

gambor, getoh, buat tagan main tuju selipor, tuju tin, masa tu bukan reti semua tu mcm judi.. mmg judi pun..

tepuk gambo, nok bg menang, gulung ke, lipat ke, atas bawoh gambor tu..

ketnya, ago go, kome dok le..yg ingat, asal pkl 4ptg je, long koi bukak radio kecik, pasang lagu hindi.. :)

Anonymous said...

WAH!! Tak lama lagi harga barang makanan berasaskan pertanian dijangka akan turun mendadak & masalah kekurangan bekalan komoditi tersebut pasti tidak akan berlaku lagi kerana rombongan Ahli Parlimen kita yang berpuluh-puluh jumlahnya tu akan pulang dari Taiwan bersama ilmu pertanian yang hebat & canggih untuk diajarkan kepada petani2 dan juga pegawai2 di Jabatan Pertanian..

PS-Sambil2 belajar bercucuk tanam di Taiwan tu,cuba perhatikan bagaimana mereka mengusahakan ladang ternakan babi mereka..

APA?! TAKDE LADANG BABI DI SANA?!

Memang la..Kerajaan Taiwan, Hong Kong dan Singapura tidak benarkan penternakan babi di negara masing2 sebab kotor dan boleh bawak penyakit.. Tapi permintaan babi sentiasa meningkat di negara2 tersebut..Jadi dari mana mereka dapat babi?

DARI MANA LAGI? DARI MALAYSIA YANG ISLAM HADHARI DAN HUB HALAL DUNIA NI LA..

Anonymous said...

mana encik pegi?
lama tak nampok merayo :)
bertapa ke lembah ijo lg ke?

Anonymous said...

bang..lamanya tak up date blog ni..

dah start cuti raya ke?

amboi!! awalnya beraya.. mengalahkan org yang cukup sebulan puasa..

ubilepih said...

aslmkm!

Betul puan zaman kanak2 adalah zaman yg ceria..syok main-main bebas..tak macam bebudak la ni..asyik main computr game jer...terrer gak auk mase kekcik ek..he..heee

Singaporean...gua blum cuti raye..gua ke lembah hijau ke padang pemburuan rezeki gua...so hari tu gua bekesmpatan nonton documentry kat tivi...org2 singapore shopping..kat bazzar ramadhan di Gelang serai..wah meriah teringgin gua nak feel enviroment tu..he..hee

Anonymous said...

UBI LEPIH.....

MARILAH LA BERBUKA KAT SINGAPORE. BOLEH LA TOLONG GENERATE EKONOMI ORG MELAYU + ISLAM SINGAPORE.

Razak Bin Ramli said...

Terasa gelinya sekarang...
kiranya dulu kedai cina lah tempat makan minum.Balik sekolah singgah kedai cina jual cendol...hisss sedap sungguh rasa air tangan cina tu.

Anonymous said...

ubi, maafkan aku kerana lewat melawati blog ini krn sibuk urusan dunia.

Secara jujur, airmata aku mengalir bila membaca tulisan nkau. Aku benar2 merasakan kehilangan zaman kita kanak2 dulu.

Walau serba serbi kurang termasuk poket yg sentiasa kempis namun itulah zaman kegemilangan hidup aku sebagai manusia. Kalau ada time machine, pasti aku enggan meninggalkan zaman tersebut walau mainan kita hanya laga spider bukan Sony playstation. Makanan kita ala kadar bukan McD atau KFC. Cukup hanya nasi dan ikan darat supaya jamgan mampeh krn tak makan.

Pokok "flame of the forest", jongkang jongkit (jangan saloh sebek, weh. Hanya tukor satu huruf je dah lain maknanya), tempat letok basikal, mee Ah Kow..ahhh!!! banyak lagi benda yg masih ada dlm kepala hotak aku ni.

I really wish to come back to our childhood days.

Terima kasih ubi kerana menyimpan kenangan2 tersebut dlm ingatan kita.

shuk