Monday, November 24, 2008

Bah


Hubaya…hubaya,Tuan Imam telah menitahkan kami pacal2 yang hina ini

untuk melakukan sholat hajat.Sholat hajat menolak malapetaka banjir

dari melanda kampong kami yang makmur ini.

Ambe pacal yang hina dina ini termenung memikirkan titah sang Imam

itu.Tisk..tisk…tisk…lojik ke saranan ini.Kenapa ambe ragu dengan titah

sedemikian…tak Islamic ke ambe?..sebenarnya ambe ada hajat yang lain

amat bercanggah dengan hajat Imam…

Ape faedahnya Imam tuan menitahkan kami bersholat hajat sedemikian?!!

sedangkan tuan dalam masa yang sama berlaku rakus terhadap alam

demi memenuhi kehendak mewah duniawi tuan.Tuan rebahkan

belentara kerana tuan mahu bermandi ringgit,ambe tahu Kampung Makmur

ini milik tuan sedari tok nenek tuan dulu lagi kunun nya ,tetapi tuan lupa

alamnya yang permai adalah milik Allah,tuan cuma pemikul amanah.

Imam!!! tahukah tuan,bahawa alam ini kalau kita berkasar,menceroboh

tak tentu hala,dia pun pandai untuk bertindak balas.Ledakan banjir itu

salah satu tanda yang alam mulai murka dengan tingkah tuan.

Namun yang tak sedapnya kami para pacal yang hina ini turut bergelut

payah akibat onar dan durjana tuan terhadap alam.

Maka itu maafkan ambe jika mempunyai hajat yang sadis lagi brutal.

Jika boleh biar lah ada bah besar,biar air melimpah ruah masuk sampai

ke ruang2 mewah rumah tuan.Semoga buaya2 di air dapat menyelinap

hingga ke bilik peraduan tuan…ha..masa itu tahu lah tuan langit tinggi

rendahnya…harus terkicit-kincit dalam kain tuan dan ahli2 tuan.

Ooohhh..alang kah seronoknya jika ambe tapat menyaksikan temasya

itu..qahh..qah..qahh…katanya buaya pun macam biawak suka makan

telo…maka tuan jaga-jaga lah telo tuan itu..agar tidak di mamah buaya.

Satu selingan metafora:

Sudah tiba musim hujan,musim yang sejuk dingin.ramai yang naik

pelamin,maka di sana sini air akan melimpah ruah pada aras empat kaki

naik di kamar peraduan bulan madu.…Selamat Pengantin Baru kepada

mereka2 yang melangsungkan perkahwinan.Kepada yang lelaki selamat

menjadi IMAM..(wink)

6 comments:

Anonymous said...

kalau macam tu kena la buat solat hajat agar TUAN2 tu berhenti meratakan hutan..

Anonymous said...

kena siap sedia la tu..
bandor mok aboh kome le ni boh sokmo dah..

Insan Bokoh said...

Waaa.. betul ke buaya bole makan telo?

ubilepih said...

1)Tuan itu tidak mungkin akan mengamin kan hajat kita..sebab susah dia nak berjoli main kuda..hope u tau siapa dia WINK;)

2)Kome banjir doh weh..aok tgk blog Ben..

3)klu tak betul pun wa harap buaya tu bole makan telo depa yg rakus tu,kalau da tak ada telo tak lah meragam sgt dia org ni//;)

amey ahmad said...

tak berapa hari slps wa melawat Sg. (jeram) Jin di Ulu Tembeling, jambatan pun runtuh.. cantik tempat tu tapi depa yg rasa depa punya hutan, tebang abih jadi belukar..

p/s: Balu kerja dgn GEF kat Gua Musang.. Projek kelah.. yg lain wa kurang kenal..
Wa tgh tulis buku poket ikan di sekitar Kenong..

ubilepih said...

BRO!
KLU LU BIKIN BUKU POKET IKAN TU CANTIK SGT...SBB WA TAK LAWA LAGI NAK BEHIJRAH KE DUNIA DEWA AIR BEGLUMANG DGN IKAN2...NTI BOLELA WA BLJAQ NGAN LU PASAL IKAN.