Sunday, November 9, 2008

Kotak Hitam


Cerita ini memang ada kaitan dengan yang hidup dan tiada kena mengena

langsung dengan yang mati.Cuma nama2 mereka saja yang telah ditukar

demi menjaga periuk nasi.


“Alhamdullilah saya rasa amat bersyukur berkat saya selalu menguna

syampoo tersebut maka malam ini saya telah berjaya meraih anugerah ini….”


Sambil mengusap belai rambutnya yang terurai perempuan itu menjajakan

kalimah suci di pentas mungkar.Adegan itu tetera di layar kaca secara

lintas langsung ke seluruh pelusuk negara.


Kg.Kuala Leleh:


“Alhamdulillah”

Secara spontan Lebai Bulah turut melafazkan rasa syukur tika menatap

wajah seksi itu menutur kata


Pada detik yang sama disebuah kawasan perumahan


Taman Kong Kit Kuat:

Usop Jalur 3,yang teruja dengan geniknya sang ratu telah bertekad selepas

siaran tamat dia akan ke warong Kiah janda pekena kopi Tongkat Ali untuk

caj batri erotiknya,maklum lah usia beliau sudah 56 tahun

kehendak tegang,malangnya tenaga kurang.


Sebaran mentera sihir puaka kotak hitam itu telah amat meluas.Menelusup

jauh sejauh ke daerah pendalaman ulu Tembeling.

Terasuk dengan pukauan mentera macam2 ada anak2 muda Kg Pagi sudah pandai

terkinja-kinja,terhenjut-henjut ala HipHop.Mereka tak perlu belajar jauh macam Kaca.

Cukup setakat tahu baca tulis.Yang penting mereka telah mahir tekno Blutuh-blutuh

pandai muatturun wayang prono ke dalam talipon tangan.Anak muda ini sudah dikira

hebat di dalam dunia Ngok* mereka.Tak perlu Jom Baca Buku,mereka boleh bikin hepi

sendiri dengan meneguk air daun ketom,mampu nyanyi persis Bob Marley.


Saluran Serampang Mata 3,sanggup menerjah kedalam gebor pasangan Xr-man Judge

dan a-B 4ever, demi mendapat kan bulu-bulu hikmat,ketika pasangan itu sedang

bergomol dengan kekecohan rumah tangga.Bulu2 ini di gunakan sebagai bahan di dalam

mentera sihir kotak hitam mereka.Kononnya bulu2 hikmat ini pasti membius akal

para-para Ngok agar tetap berteman setia dengan saluran mereka.Kapitalis uh!


Aku jadi hairan bukankah dalam ajaran Islam, haram hukumnya mendedahkan

aib orang.Kalau kita suka mendedahkan aib orang Allah pula akan bongkar aib kita

Di harapkan Puan Solehah di Canada sana boleh memberi sedikit ulasan.

He..he..hee


NGOK*=Makhluk seakan Hobbit.Mereka kurang berfikir

lebih suka berhibur dan berleka-leka.Populasinya

banyak di Tanah Jawi.

2 comments:

lanterajiwa said...

salam hari bunga popi (11 nov)....

ubilepih said...

Tq Bro salam kedamaian utuk lu gak..