Thursday, November 6, 2008

TENOK


Malay name: Cipan,Tenuk or Badak Pahang

Scientific name: Tapirus Indicus

Family: Tapiridae

Diet: Foliage and Shrubs

Nocturnal mammal


Media:

Mengasuh akalfikir kamu untuk gemar memasuki ke

dalam kain orang.Buah2 aib beserta bulu2 serabut kekecohan

rumahtangga para bintang layar menjadi santapan minda

kamu yang ngok.Ceritra suami biang si anak wayang

ditangkap bermukah telah menegelamkan kisah sedih

seekor anak paus mati terdampar akibat tertelan sampah sarap

yang kamu tebar serakkan ke laut.


Kuala Lipis:

Si tolol Lan pucat telah membedil mati seekor ibu cipan

di kawasan Taman Rimba Kenong dengan alasan

paling tolol.


“…..saja-saja je nak lepas gian lama tak menembak!”


Sakit!!! Memang hati aku sakit amat.Namun aku faham

Si Lan pucat itu tidak mengerti apa-apa pun tentang

konservasi.Barangkali sudah takdir hidup dia untuk

menjadi ahli pemusnah alam persis yang di sebut2 dalam

Quran.Yang aku sedihkan ialah kamu yang belajar

tahap uni,masih belum punyai fikiran hijau yang sejahtera.

Berpangkat haji tetapi kamu belum faham akan maksud

wirid2 Rahman.Rahim dan Salam.Bagi kamu kehijauan

adalah warna-warna derhaka bukan warna syurga.

Sebenarnya non muslim yang kau remehkan akhlak mereka

lebih faham makna sejahtra.


Taman Rimba Kenong:

Tuan ForRest kamu pemegang kunci keselamatan disini

telah tidak melakukan amanah kamu dengan baik.Pagar

kamu bolos,pemburu bebas lepas membunuh hidupan

hatta si ibu cipan yang pemalu itu pun telah pun mati.

Apalah lagi erti pelancongan eco di sini kalau rimba

ini telah hilang seri.Aku harap kamu bersama Lan pucat

akan di dakwa oleh si anak cipan di akhirat kelak.

Good Luck! Selamat masuk neraka untuk kamu…

hi..hii..hii

9 comments:

benludin said...

Elok sgt Lan Pucat kena tukar nama kpd Lan Cipan

INTAN RH said...

dah lama koi tak guna word NGOK...mmg lama betul dah tggl word ni hehehe..lps ni ada la melaun yg akan jd org pertama yg kena NGOK..

ubilepih said...

1) Lan Chow pun bole kut...

2)Wa org stoneage sis..so vocab pun yg sezaman lah...sesekali nak lpas gram guna lah word tu..ekkk...ha..ha

Insan Bokoh said...

Bro...

Suggestion.. Sorang panggil si Ngok dan sorang lagi si Ngek. Hehe.. Berdosa dah neh, buat suggestion tak membina..

Mmm.. Allah tu bersifat Qudrah dan Basar. Kita serahkan nasib pemusnah2 dan yang bersubahat pada yang Esa...

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH amat berat siksa-Nya." (QS. Al-Mâidah: 2)

amey ahmad said...

bro ubi,
leeeerrr.. kesian betul.. patut LanChow tuu sama kena tembak.. baru adil.. hehe..
Forestry pun satu.. Hok org nak buat kerja baik, utk konservasi, punya ler susah nak dapat permit.. Mintak sana sini.. Ingat betul ler depa kawal selia dengan penuh amanah, rupe nye idok!
Hmmm.. Pasni wa nak masuk Kenong wak keje wa, sure kena banyak soal jawab.. Hampeh tul si LanChow nih..

jawa peranakan said...

tembak je punggung Lan Pucat tu.. bila org tanya jawab le "saja-saja je nak lepas gian lama tak menembak!"..

jawa peranakan said...

LAN cap LAN cau

jawa peranakan said...

sebut pasal HITAM ni..teringat kepada presiden pertama US yang berkulit HITAM itu..

apakah OBAMA akan meneruskan tradisi memburu OSAMA?

ubilepih said...

TQ semua atas segala respon...harap2 kita buka didalam golongan tangan2 yg membuat kerosakan di muka bumi..:)

Obama,Osama,oh sama la den...