Monday, May 11, 2009

Cast Away


".......90 hari sudah berganti.....Boria Pulau Pangkor mengundur diri...eh waahhh!"
(Boria ni tak jadi balik ke Pulau Pangkor,sebab orang2 Persekutuan amat gemar dengan persembahan mereka.)

Dalam keadaan cuaca dan suasana panas-panas ni...mari kita
sejukkan kepala dengan sebuah jenaka orang lepih.
Saya sering di tanya oleh rakan dari luar Pahang apa makna
"KEH NAK KEH SEBET". Sebenarnya di sebalik ungkapan itu
ada satu cerita jenaka sebenarnya.Kisah berlaku di dalam
sekitar tahun 70an.Zaman itu Kuala Lipis masih lagi sebuah
pekan koboi yang tepinggir.Zaman ni susah nak jumpa kedai
kopi milik orang melayu.Tak macam sekarang.Zaman tu orang2
melayu makan minum di kedai kopi cina tak menjadi hal.
Pada sauatu hari seorang pak cik dari kampung pendalaman
telah memasuki sebuah kedai kopi cina dengan hajat hendak
melepaskan dahaga.

Setelah beliau duduk,tauke cina itu terus bertanya.

Taukey: Lu mau minum apa

Pak cik masih bengong tentang apa yang hendak di minum.

Pak cik: eeemmmm Bior la dulu...Keh nak keh sebet!

Tauke itu menghilang seketika,kemudian membawa sebotol
Carlsberg untuk pakcik itu.Taukeh itu ingatkan pakcik itu
nak minum Beer Carlsberg.

Pakcik: Ptuiihhhhh,uweeeekkk..apa punya air ni pait.
keh tak akan masuk dah kedai ni,jual air pait...

Seranah Pak cik tersebut lalu meninggalkan kedai itu.
Nasib dia tak minum habis......

*Keh Nak Keh Sebet bermaksud Saya Nak Saya Sebut.

15 comments:

Pyanhabib said...

keh keh keh!

jawa peranakan said...

haha..
1 lagi misteri kini terungkai..

PS-gua suka gambar penyanyi boria tu..
cuma gua bimbang persatuan peniaga nasi kandaq mamak semalaya akan boikot dan tidak mahu berniaga kerana hak wakil mereka telah dinafikan oleh mahkamah..gua kalau sehari tak kena nasi kandaq, boleh pening2..

Anonymous said...

Kemelut politik Perak bergolak lagi. Zambry jadi Menteri Besar balik. Kenapa begitu kalut isu ni. Kenapa BN tak nak bubar kerajaan. Cara mereka nak berkuasa membuatkan orang lagi meluat dgn BN. Gentleman lah bro. Kalau berani bubar Dewan dan pilih semula. Mari kita dengar nyanyian sumbang kumpulan Boria Zambry Kalut !!!!

shuk

ummzaid said...

tu yang keh kabo kat jp..
sementara tunggu dia kabo jabir mana dia no, keh sebat le dulu jabir tu.. :)

breaking news lg ni...kalau gitu mmg tambah meluat dgn BN dan PM..

ubilepih said...

Kesian orang Perak kerana nak memuaskan nafsu org2 Persekutuan mereka sengsara.

INTAN RH said...

Koi tak paham keh keh ni .. :P

jawa peranakan said...

kak ummzaid..
SEBET yang dimaksudkan bukan SEBAT tapi SEBUT..

nanti kalu KEH NOK JABIR TU KEH SEBET = nanti kalau saya nak beg tu saya sebut (bagitau)..

ummzaid said...

betul la jp..
sementara tunggu deme sebet/sebut/bgtau ..
kak sebat/amik/guna lah jabir tu .. :)

jawa peranakan said...

kak ummzaid..

ooo..gitu..

kulupSakah said...

kalu jual keranji sepot seringgit deme jerit "singgit sepek singgit sepek!"

WanBeruas said...

..unik bahasa orang kita Melayu nihh..

benludin said...

itu belum org Kuala Atok...lagi pekat

Anonymous said...

Kaeh nok tanye deme lah.. Deme tau tak tak maksud "cengkelik"????

FYI "lik" tu bunyi seakan2 "link".

Shuk

benludin said...

shuk,
perkataan ni ada dlm kamus di www.loghatpahang.blogspot.com
hehe

Anonymous said...

thanks, bro

shuk