Tuesday, April 29, 2008

Siaran Radio Antik



Mengimbau zaman kanak-kanak,saya mengutip secalit kenangan apabila saya terpandang

Radio antik ini.Saya bertemu barang antik ini semasa saya bertamu kerumah

sahabat saya di Sungai Buluh.Radio pusaka peninggalan arwah ibunya.

Fizikal radio ini masih terjaga rapi walau fungsinya sudah tiada.

Di zaman kanak-kanak saya, cuma radio sebagai sumber hiburan di rumah.

Tidak ada tv warna lagi pada masa itu.TV hitam putih pun cuma orang berada saja yang

mampu memilikinya.

Di rumah saya bekalan eletrik pun tiada,malam kami cuma di terangi lampu minyak

tanah.Pelita minyak gas orang kampong saya namakannya.Radio transistor

kami mengunakan kuasa bateri 6 biji bersaiz besar.Kuasanya boleh bertahan

selama kurang lebih 1 minggu.Jadi kalau kami joli sangat arwah mak saya akan bising,

terutama bila time siaran siri bangsawan, bateri kiok.Arwah mana boleh miss bangsawan

terutama cerita hantu lakunan Jah Lelawati.Kalau arwah dapati bateri

macam weak je…dan tak sempat nak beli baru…beliau akan suruh saya

menjemur bateri tu tengah panas,untuk pulihkan kuasanya semula.Siaran bangsawan

ini biasa ke udara pada waktu malam setiap hujung minggu. Cerita besiri.Bila siaran

ini keudara kami sekeluarga akan menadah telinga di tepi corong radio transistor tersebut.

Keseronokan waktu itu tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata,tetapi ianya

melebihi 100% daripada saya menonton siri Gerak Khas,Senario atau Saka di kaca tv

sekarang.Paling lama saya mampu menonton Gerak Khas ada lah 5minit.Lepas itu saya

tertidor dan dalam mimpi saya akan mengelakkan Gerak Khas…

maaf laah bang Usup Selam.

Dari siaran radio antik ini saya keudarakan lagu Sumbangsih sebagai halwa telinga

anda semua selamat berhibur(Ucapan gaya ala2 juruhebah 60an,sila klik video sebelah.)

*Lagu sumbangsih ini penyanyi asalnya Allahyraham M.Bakri,kalau tak silap saya,sekarang dinyanyikan oleh anak R.Ismail.I DDK3rd this song special for you Dear

Rumah Kedai di Jalan Besar




Di daerah-daerah lain dalam Pahang tidak sebanyak mana seperti yang terdapat

di Kuala Lipis.Di Raub yang saya terpandang cuma bangunan restaurant

Curry Ayam Sempalit.Ini dari pengamatan saya secara rawak.Apa yang saya

maksudkan ialah bangunan-bangunan rumah kedai lama yang tertulis tarikh

pembinaannya.

Kalau di ukur daripada teteranya tarikh bagunan ini memanglah

dapat dirasakan Kuala Lipis sudah sangat lanjut usia.Saya teruja apabila

memerhati dan mengamati tarikh-tarikh bangunan lama yang terdapat di

sepanjang laluan jalan besar Kuala Lipis.Sangat layak Kuala Lipis

ini di julang sebagai Bandar besejarah.

Wow!!! Kuala Lipis 1926,1928…bagaimanakah suasana dan wajah di Jalan Besar

Kuala Lipis..dan..apakah cerita-cerita yang berlangsung di sini pada zaman itu?

Siapa kah penghuni asal rumah kedai ini?….Siapa kah watak-watak yang berada

di jalan ini pada jam 9.00 pagi 30hb April 1926?.Persoalan-persoalan itu tertinggal diam

pada kerangka jendela rumah tua ini.Hanya Allah yang mengetahui segala yang terdahulu

dan yang terkemudian.

Saya teringin memiliki sebuah time machine agar dapat saya menziarahi zaman itu.

Absurb?!!!…ha..ha..ha memang orang berjiwa seni seperti saya selalu mempunyai jalan fikir yang aneh-aneh.

Juga kalau lah saya seorang yang pandai bikin filem saya behasrat sekali nak buat period

movie tentang rumah kedai ini,atau kalau saya mampu hendak saya hasilkan sebuah

novel berlatarkan rumah kedai ini.Sayang sekali pembikin-pembikin filem kita lebih

gemar buat filem haru biru yang tak cerdik.Penulis novel syok sendiri dengan

cerita cintan-citun tak sudah-sudah merapunya.

Pepaleh weh deme!!!!

Monday, April 28, 2008

My artworks



Aku ada satu lagi kegilaan..aku suka melukis and conteng-conteng.Kawan aku Chun seorang artis profesional cakap aku ada bakat...tapi aku rasa bakat aku masih tahap amat mentah dan daif.Tapi aku seronaok kalau dapat kongsi artworks aku ngan sape-sape saja kat luar sana yang selalu visit Blog aku ni...opppsss jangan bandingkan kerja-kerja aku dengan pelukis-pelukis lain...macam langit ngan bumi lah...kalau ada orang nak bayar hasil kerja aku ni dengan nilai RM 10.00 aku dah cukup terangsang..ha..ha..aku tak pernah belajar secara formal pun dalam bidang ni..cuma syok layan jiwa je...kalau kau orang ada komen tolong lah komen hatam pun tak pe..ha..ha..

This is an example of my art works.You can visit my Gallery to see more.Feel free to give your comment about my works.Thou i don't have any basic formal knowledge in painting..i just can't stop doing the works.So i just hope you just can enjoy it's.

Nafas Demokrasi



Aku baca The Star pagi ni..wow ada rasa keseronokan yang tersendiri dalam diri aku bila banyak berita Parliment dah mula bersidang.Aku seronok kali ini bagi aku rakyat Malaysia dapat menyedut sedikit udara demokrasi di Malaysia...sebab PPR dah ada suara yang banyak kat Dewan.Kira sebagai Check n Balance..so tak lah macam dulu-dulu,depa dok pakai bedal suka hati depa je...

Aku bukan orang politik dan bukan suka sangat politik ni...tapi aku juga ada suara nak bercakap...orang BN kau oarang jangan lah beperangai undemocratic sangat terutama UMNO lepih...bila orang lain yang tak sekepala dengan kau orang kau orang treat macam penjenayah..pandang serong je...

lagi satu kau orang sesama UMNO pun asyik nak bergaduh...dengki sesama sendiri,manis di luar tapi belakang macam api dalam sekam..tikam-menikam sesama sendiri...ini kah perpaduan melayu yang kau orang sorak-sorak kan..jangan lah jadi luncai terjun dengan labu-labu...perpaduan ape mende nya tu.....berjuang untuk rakyat ke ni...yang aku nampak berjuang untuk perut dan poket sendiri je yang lebih..

tak aku tak dengki ngan kau orang...cuma kelakar tengok kau orang bertempik bila kena tegur..sampai cabut-cabut keris...APO NAK DI KATO

Myself portrait



This is myself portrait draw by a matrix student from MARA collage,Kulim Branch.
I like his line soft and gentle.His name is Saufi.

Wednesday, April 23, 2008

Jejak Harimau



Kurang lebih 20 tahun gua jadi Nature Guide.Banyak hutan belentara Malaysia gua dah redah.Tetapi samapai la ni gua belum penah teserempak dengan raja rimba ni.Just at one time gua telah terdengar nagumannya di tengah-tengah hutan Taman Negara.Segala bulu yang ada di badan gua,yang halus yang kasar semua tegak bediri.Serious gua cakap lu..betul-betul kecut macam rasa nak masuk dalam perut mak balik.Habis saja naguman sang raja rimba tu..hutan sekeliling menjadi senyap beberapa saat..hampir dua minit kut...masa ni kepala lutut gua sudah jadi longgar beb.Walaupun cerita orang kalau harimau mengaum kuat itu menandakan dia jauh dari kita,dalam ukuran dua atau tiga bukit jauh jaraknya...itu gua tak tau..wallahualam...cerita orang gitu la..tapi cuak-tetap cuak punya.Katanya Sang belang berbunyi kuat cuma nak bagi tau kita telah masuk territory beliau..so kena respect sikit...tempik suara Pak belang kat hutan bukan macam kau orang dengar kat zoo atau sarkas..cuba tengok gambar kesan tapak kaki rimau ni kalau lah tapak kaki dan kuku tajam tu landing kat muka atau tengkok kita..jawapnya harus jadi arwah.

Anyway sebenarnya lebih banyak rimau mati dibunuh manusia dari manusia mati di baham rimau...la nama pun manusiakan,selagi boleh jadi duit apa saja sanggup di bunuhnya...darah daging sendiri pun depa bunuh..apa lah sangat rimau...sekarang pemburu dari Thailand nun sanggup datang Malaysia secara haram untuk tangkap rimau dan apa-apa saja yang ada kat hutan kita..duittttt beb...

Sorry bahasa gua guna bukan bahasa Malaysia tulen,sebab terus terang gua cakap lu..akar gua(latuk nenek gua datang dari Yunan) so gua bukan Melayu asli lah...
Gua sudah kasi rosak Bahasa??..ala..Dr.M(kalu) pun apa kurang...dia pun kasi rosak Bahasa gak..eleh mana ada orang cakap Melayu tulen kat Msia...cuba bagitau gua?..ha..ha..ha AUUUUUUUUMMMMMMMMMMM

Wednesday, April 16, 2008

Spagetti Movies

zaman kanak-kanak dulu saya suka menonto filem-filem koboi.Terutama lakunan Clint Eastwood.Filem sedemikian juga di kenali dengan spagetti movie..maybe pengarahnya banyak Italian kot.Filem yang menjadi kenangan saya sampai sekarang ialah filem The Good,The Bad and The Ugly.Score music filem ni best gileer.Ingat lagi saya zaman itu ada satu siaran radio yang di kenali sebagai siaran ke sekolah-sekolah.Dalam siaran itu ada drama adventure besiri jodolnya Pending Permata,latar drama ini depa ambil music filem ini lah.Cuba u all layan clip video okestra ukelelle Great Britan sebelah.Best

Kuala Tahan as i see it.

LOVING.....


OPPPSS...


MAKING FIRE


SMOKED ON THE WATER



THE NEW VIRUS NAMED 'SMS'

Tuesday, April 15, 2008

Bunga Telor



Ini baru BETUL bunga Teloq

The making of lantai perahu



Finding a good and right type of Bamboos



Tearing the bamboos need a special skill thou it's it looks just like a simple task
if not carefull your hand gonna get cut easily



Fixing the floor



Finnishing Product.




PERAHU:The Malay Dugged Cannoe

LANTAI:Malay word for Floor

Thursday, April 3, 2008

iklan condom

hey....bukan gua mau melawak...lu orang tengok video klip sblah ni..
ha..ha..ha.. lupakan kes koboi sesat beli condom tu...ini iklan in the 60's.
tapi gua suka music..latar ni...lagu ni jodolnya apche...kumpulan yang main lagu ni The Ventures...in the 60'S depa memang top giler lah..ha..ha..saja bagi ringan kepala sikit...gua letak klip ni kat atas tu...layannnnnnn jer.

Wednesday, April 2, 2008

Tidor


Semalam seorang Teman minta saya tulis sajak tentang tidor..so ini idea merapu saya tentang tidor.

Tidor.
Tidor...tidor...tido...rrrrrrrrrr
Ada tidor dalam jaga
Ada jaga dalam tidor

Cukup tidor?
Cukup-cukup lah tidornya
Cekup tengah tidor!!!..ha..ha

Berjaga-jaga lah hendak tidor
Nanti tidor tak jaga-jaga

Tidor....tidor...tido...rrrrrr

Kuala Lipis:'0" miles stone







U all cuba tengok peta Semenanjung Msia.Focus kat centre...zoom in..zoom..zomm..lagi..lagi...
Pop!!! you all akan dapat Kuala Lipis...Ini lah bandar kelahiran gua...
Kuala Lipis terer gua cakap lu..betul...emmm bukan sebab Dato Siti je..banyak mende lain lagi...

U all tau tak? Kuala Lipis ada lombong Emas terbesar dia Asia tau...ha..hero kan.
U all tengok dia terletak betul-betul kat centre semenanjung...lots of energy leh...ha..ha.. itu kalau u all percaya pada teori cosmic la...

Ini bandar sudah sangat tua leh...ratus-ratus tahun umur.British datang sini buka ini bandar seawal 1827.Pernah jadi capital bagi negeri Pahang dari tahun 1891 hingga 1955.eh..eh..Dato Siti tak pernah citer ke?...ye lah dia mana ada masa nak citer mende-mende cam ni semua.Bandot sarkas cam gua je yang suka cerita-cerita gini..ha..ha.

Shhhh..gua mau cerita kat u all..di lipis ni ada satu Batu mistri leh...
Ianya terletak betul2 kat Pejabat Pos.Nama batu keramat ni "0" mile stone.
Ehhh u all jangan lah gi menurun nombor ekor plak kat sini.

Omputih cakap:
'0'miles stone,its was belived that the measurement of road distances in the district
during the time of british ruled started from this point.


Wallahualam.Sebenarnya banyak lagi cerita lipis ni...nanti lain kali gua cerita lagi.
Till then u all tengok sisipan video clip yang one of x-cliffordian buat ni.She is from class of 75.Wah gua rasa vely-vely touching looo..its bring back yesteryears punya memories..ha..ha..terima kasih lah pada dia.To all my x-Cliffordian friends wish you all the best in your life.