Tuesday, April 29, 2008

Siaran Radio Antik



Mengimbau zaman kanak-kanak,saya mengutip secalit kenangan apabila saya terpandang

Radio antik ini.Saya bertemu barang antik ini semasa saya bertamu kerumah

sahabat saya di Sungai Buluh.Radio pusaka peninggalan arwah ibunya.

Fizikal radio ini masih terjaga rapi walau fungsinya sudah tiada.

Di zaman kanak-kanak saya, cuma radio sebagai sumber hiburan di rumah.

Tidak ada tv warna lagi pada masa itu.TV hitam putih pun cuma orang berada saja yang

mampu memilikinya.

Di rumah saya bekalan eletrik pun tiada,malam kami cuma di terangi lampu minyak

tanah.Pelita minyak gas orang kampong saya namakannya.Radio transistor

kami mengunakan kuasa bateri 6 biji bersaiz besar.Kuasanya boleh bertahan

selama kurang lebih 1 minggu.Jadi kalau kami joli sangat arwah mak saya akan bising,

terutama bila time siaran siri bangsawan, bateri kiok.Arwah mana boleh miss bangsawan

terutama cerita hantu lakunan Jah Lelawati.Kalau arwah dapati bateri

macam weak je…dan tak sempat nak beli baru…beliau akan suruh saya

menjemur bateri tu tengah panas,untuk pulihkan kuasanya semula.Siaran bangsawan

ini biasa ke udara pada waktu malam setiap hujung minggu. Cerita besiri.Bila siaran

ini keudara kami sekeluarga akan menadah telinga di tepi corong radio transistor tersebut.

Keseronokan waktu itu tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata,tetapi ianya

melebihi 100% daripada saya menonton siri Gerak Khas,Senario atau Saka di kaca tv

sekarang.Paling lama saya mampu menonton Gerak Khas ada lah 5minit.Lepas itu saya

tertidor dan dalam mimpi saya akan mengelakkan Gerak Khas…

maaf laah bang Usup Selam.

Dari siaran radio antik ini saya keudarakan lagu Sumbangsih sebagai halwa telinga

anda semua selamat berhibur(Ucapan gaya ala2 juruhebah 60an,sila klik video sebelah.)

*Lagu sumbangsih ini penyanyi asalnya Allahyraham M.Bakri,kalau tak silap saya,sekarang dinyanyikan oleh anak R.Ismail.I DDK3rd this song special for you Dear

No comments: