Wednesday, July 30, 2008

Kicau


Aku bersyukur kerana dilahirkan dengan deria rasa yang
gemar kepada seni.
Cumanya jurus minat aku lebih terarah kepada yang alternatif
dan tidak sangat establish sifatnya.

Itu pasal tika ini aku masih sedang asyik layan Sakarat.
Sakarat ditangani Meor dengan begitu kreatif dan berbeda.
Sebelumnya aku sangka Sakarat becorak ngilu,pilu dan sendu.
Sangkaan aku meleset…rupanya Sakarat moodnya Jive dan beatnya
fast..ha..ha…layan la Bro..

Di suatu ketika di suatu remaja ku,
Sewaktu malam pesta “duduk kediaman”(homestay) eh..betul ke
bahasa tu..he..hee..
Aku pernah meSUMBANGkan lagu Sohaimie di khalayak
anak-anak sekolah dari benua beruang Koala.
Bukan Epilog Cinta..bukan..itu klise..
aku nyanyi numbernya yang lain…
Sejujurnya suara aku hanya mahal harganya
jika di bawa ke negara-negara gurun kerana boleh
panggil hujan turun,merdu sikit pada katak je suara aku..ha..ha

Anyway
“Mr….can you sing one more song for us!!!”
Compliment ehh..hi..hi..hi..taram je lah.

Shhhhh Bro lu jagan bilang sama abang lu yang gua
pernah rosakan dia punya lagu eekk…nanti dia saman looo.
Gua tak banyak fulus..rabak jerr..hik..hik..hik

Period remaja aku pun seiring dengan era majalah Gila-Gila
tengah top…penah juge lah sekali dua kartun 1 petak
aku terpancul di halamannya.Time tu Mishar big boss
kat Creative Enterprise…
Tapi itu lama-lama duluuuuu….

Yang jelasnya aku sudah lama Klik dengan
Meor Brothers…ha..ha..walaupun belum penah
jumpa sua with anyone of them.Aku sangat Salute
dengan creativity yang depa ada.Itu pasal aku
selalu lepak kat Pestajiwa..hi.hii..hiii

Kerna terasuk kemaruk kepada yang puitis-puitis
aku telah bikin kicau di satu halaman lain.
Bukan nak jadi hebat macam Pian,Dollah J maupun
Meor…depa ni Par yang amat atas jauh dari aku.
Aku saje suka-suka nak kongsi-kongsi rasa
Dalam bahasa dan gaya yang lain.
Sajak-sajak marhaen

Jika kebetulan kalau Bro Meor bekenan
nak buat lagu dari kicau-kicau aku tu
Wah itu sudah kira compliment bonus
yang bosar buat aku…ahak..ahak..ahak
mana lah tauuuuu…:)

Monday, July 28, 2008

Israq Mekraj


Setelah di seru kita pun membaca.
Setelahnya kita jadi pandai.
Pandai baca,pandai tulis,pandai kira
dan pandai lukis juge…

Setelah pandai dimana kita?
Setelahnya kita jadi lupa dalam alpa.
kita lupa diri,kita lupa DIA
kita lupa sebenarnya kita masih di medan uji
dalam menunggu nombor bilangan naik.
untuk di panggil balik.

Nikmat pandai kekadang megelirukan kita
Sememangnya sifat manusia begitu;Lemah

Kerana pandai kita jadi ahli surau,ahli masjid
dengan rela dan bangga kita mejulangkan
Nama kita duduk sebaris dengan penama-penama
Mulia yang tertulis di dalam Al-Quran.

Cepatnya hati kita bertindak…riak..
Sedangkan nikmat kebaikan itu sendiri
masih kertas uji dari Ilahi

Ibadat kita puluhan tahun bukan tiket
untuk kita masuk firdaus
untuk mengimbangi nikmat bulu mata kita pun
belum cukup nilainya.
Segala berlaku cuma atas RahmatNYA
DIA sang pemilik hati yang berbolak balik.

Hati yang bersepai-sepai
Diri yang tulus mulus dan sexy
Diri yang solehah
Diri yang memiliki 4 isteri
Semua kertas ujian belaka…jagan leka..

Dalam period ini aku pun masih belum solid2 lagi
Masih rabak2..ha..ha..ha macam kata Bro Meor.
Kacau betul…ha..ha..ha..ha

“Wahai Tuhan Kau lah yang memberi kami kebaikan
maka jadikan kami orang2 yang bersyukur”


Selamat menghayati Israq Mekraj :]

Wednesday, July 23, 2008

Bahasa Malaysia



Jenaka ini mungkin telah acapkali di dengar.

pun begitu jenaka yang baik akan masih

seronok di dengar walaupun ulang-berulang

mentelah lagi kalau ianya disampaikan

oleh tukang karut yang baik,pasti

ia menjadi bahan yang seronok untuk di hayati

Dengar tu...!! HAYATI


Hari sebelum:

Di satu meja makan dalam sebuah restoran

yang ada kelas kununnya.

Pelakun seorang ibu dan anak berusia 4 tahun


Anak (dengan suara nyaring): Ibu....nak kencing!!!


Biji mata orang sebelah menyebelah meja menjeling.


Ibu(Blushing): Shhhhhh....pelan sikit...lain kali kalau

nak kencing boy kena cakap nak nyanyi tau!


Anak: ok..laaa..


3 hari kemudian.

Boy telah di tinggalkan bersama neneknya,kerana si ibu

kerja outstation.Jam 11 malam nenek dan cucu telah

lena ZZZZZZZ...tetiba boy terkejut nak kencing.


Cucu: Nek...nak nyanyi...boy nak nyanyi.


Nenek: Menda kau mengigau ni..da tido..nenek ngantuk

esuk je nyanyi.


Cucu(merenget): Boy tak tahan da..nak nyanyi sangat ni.


Nenek: Budak ni.....nak nyanyi..nyanyi jerr la...


Cucu: Nyanyi kat mana nekkk.


Nenek: Laaa..nyanyi je kat telinga nenek ni


Flussshhhh....cucu telah melepaskan hajatnya di lubang telinga nenek.

Nak buat camne....bahasa-basi kita ni kekadang mengelirukan

cuba bayangkan kita yang dewasa ni dok hebuh dengan perkataan

LIWAT...kalau bebudak umur sebaya PeterPan gua tu tanya

apa maknanya Liwat,macamana gua nak xplain..ha..ha

Bebudak sekarang otak depa cerdik lain macam

barangkali kerana minum susu wanita Belanda

dan jenama daun paku Resam lebih sangat kot..ha..ha


Aku harap anak ibu Solehah Ummzaid tidak

begitu fasih Bahasa Malaysia.Kerana khuatir

fikiran jernih anak puan nanti rosak teracau

oleh karut dan marutnya Bahasa Malaysia kita.

Ajar je dia Bahasa Melayu.Jangan jadi macam

saya selalu cakap lugualugua..ha..ha..ha :}wink

Tuesday, July 22, 2008

Y=yang B=berakal


Jumaat yang lepas tugasan aku membantu anak-anak
istimewa dari SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Kuala Lumpur
telah mepertemukan aku dengan satu pengalaman
yang menarik dan penuh erti yang mendalam.

Aku membantu anak-anak sekolah ini bersama guru-guru
mereka menjalankan program di Taman Negara selama
4hari 3 malam.Kanak-kanak ini terdiri dari mereka
yang kurang upaya dari segi pembelajaran dan juga
fizikal..

Salah seorang dari mereka ini bernama Syafiq.Guru-guru
memberi nama jolokan Y.B untuk Syafiq.Di samping
ada sindrom down yang tak begitu ketara
Syafiq juga mengalami masaalah slow learner.

Kalau mahu di gambarkan si Syafiq ini boleh lah
di bayangkan macam karektor Forest Gump.
Beliau keletah dan agak mesra dengan aku.

Di malam kedua kami bersama,sewaktu menonton
Buletin utama jam delapan malam,berita tivi
menyiarkan slot sukan.

Syafiq: Uncle...ra..ra..raseee..ppp..patuttt..ke..
Atlet yangggg...da..da..pattt eeemmas
Tuuu...di bagggiii...1jutaaa...


Aku: Entahlah...syafiq rasa macamane.

Syafiq: Tak..kk..pa..pa..patuttt lang..sunggg
Lebihhhhh...ba..ba..baikkk bagiiii
Pa..pa..da...anakkkk...yatim dan oranggg
Suuuuuuu...sahhh.

DAASSYUMMM!!!..amik kau!!! Otak si slowlearner
ni lebih geliga dari otak menteri besar yang kemaruk
kereta mewah negara Jerman tu.
Ini otak budak baru 13 tahun..ha..ha..Otak menteri
yang dah kotai tu masih tak reti-reti nak berfungsi
selayaknya.

Sybas Syafiq..suatu hari uncle harap kamu betul-betul
jadi Y.B..he..he

Tuesday, July 15, 2008

Debate after Debat






Venue kedai Kopitiam Tong Chong.7.30am.

Sehak Perabot: Emmm..aku tengok debat semalam bagus betul
Sabri bantai Nuar,terkedu tak terjawab.

Din Ketor: Debat tu pasal rega minyok naik,bukan soal bantai
hal-hal peribadi.Bukan Nuar tak nak jawab,sebab itu bukan
isu perdebatan.

Sehak Perabot: Macamana pun aku puas ati,sabri dah bagi
cukup-cukup kat Nuar.

Din Ketor: Sabri tak menjawab isu perdebatan,meleret-leret entah ape-ape.
Sampai soalan dari editor Siasah pun terus tak berjawab

Sehak Perabot: Nuar cakap je pandai tapi habuk pun tarak.

Aku bayar duit minum,terus belah malas nak dengar debate dua
orang meLAYU tadi.
Secara peribadi debat antara Anwar dengan Sabri Bibir Kecik
semalam dua-dua pihak menang.Anwar menang dari segi hujah.
manakala Sabri Bibir Kecik menang sorak.Cuma markah
Sabri Bibir Kecik tinggi sikit..kerana penyokong dia besorak
dan pihak lawan dia dan juga penonton-penonton tivi
termasuk aku menyorakkan dia.Menang SORAK kampung terGADAI.
Ohh ya…sorakan aku hanya seperti sorakan Anjing menyalak
Bukit Angkasapuri…ha..ha

Menyalak pun tak boleh lebih-lebih sekarang takut di jemput
Mengadap Berdatang Sembah..kah..kah..kah

Monday, July 14, 2008

LAM..MIM..BA..WAU


Ini zaman robot-robot.Ini zaman hebat.Ini zaman kita.
Namun sebenarnya kita masih lagi tetap manusia
yang sering terlupa dan kerap melatah.

Benarkah dizaman ini teknologinya sudah benar-benar hebat.
Tidak tepat kalau kita merasakan Ya.
Sila buka naskah Al-Quran,lihat pada surah Al-Araaf.
Umat Nabi Musa(A.S) lagi hebat sehingga mampu mencipta
robot anak lembu emas yang mampu besuara.Kerana teruja dengan
kehebatan itu lalu robot anak lembu tersebut mereka jadikan berhala.

Begitu lah sifatnya manusia,bila terkesima di dalam
kehebatan selalu akan cepat lupa diri.

Kenali dan selalulah menginsafi diri,
baru lah kita dapat mengenali Sang Pencipta kehebatan itu.
Kalau kita sudah merasa hebatnya Sang Pemilik kehebatan
pastinya kita tidak akan cepat melatah dan hanyut.

Hanyut didalam dendam sehingga sanggup bersumpah
untuk menyingkap tabir-tabir aib sesama insan.
Lebih buruk lagi sanggup bersumpah atas nama Islam.
sedangkan Islam itu agama kesejahteraan.


Konon meminta fatwa ulama-ulama untuk menghalalkan cara.
Kalau lah Islam mengizinkan yang sedemikian
alangkah buruknya Agama tersebut.sedangkan ianya Deen
yang tepelihara.

Hanya lembu-lembu yang telah di robotkan yang sanggup
memesongkan agama demi kepentingan diri.

Janganlah kita sampai menyembah lembu-lembu ini.
Nauuzubilahminzaliq.

P/s Bro Meor cuba cipta lagu Lembu Patah Tanduk Versi baru..ha..ha..ini lagu rakyat gak.

Thursday, July 10, 2008

Penyamum TaRbUSh


Pagi ini saya betul-betul tergelak besar,ini akibat
saya terbaca satu laporan Gelak Khas dalam akbhar the Star.
Moga-moga ketawa saya ini akan membuat saya semakin
Awet muda..kah..kah..kah.

Halaman 3,laporan oleh Sarban Singh:

COP VS COP IN GEMAS STATION
All because one wanted bigger share of bribes.

Ape dah jadi dengan butang slogan “Kami Anti Rasuah”
jadi sebagai bahan hiasan je lah kot…kah..kah..kah
kesian BALA….
Kita di Msia berada di dalam BALA…ola..la..la..la..

Wednesday, July 9, 2008

My Beloved Peter Pan



“Ayah Denial dah tak ada!! Boleh tak denial buat kad ni untuk
Uncle Denial Cik’gu”

Guru kelas tadika itu mengizinkan Denial membuat kad ucapan
sempena Hari Bapa dan kad itu di tujukan kepada Gue!!!

Dia adalah Peter Pan Gue…muaaahhhhh!!!

Rezeki


Keluar mencari rezeki.Seiring hayunan pertama kaki kanannya
pagi ini, disulami doa-doa kecil dalam kerangka munajat seorang
hamba.

“Ya Allah permudahkan urusan aku hari ini,dan Kau berkati lah
aku dengan rezeki-rezeki yang baik serta halal.Sesungguhnya
Engkau lah sebaik-baik pemberi.Amin.”

Di hati dan fikiran manusia lazimnya yang di namakan rezeki
semestinya lah ganjaran habuan berbentuk material.
Tetapi kadang kala pemberian Allah datang dalam bentuk yang
lain dan amat abstrak sifatnya.Dia lah yang empunya Rahman
dan Rahim.

Di pertengahan jalan bertemu lah seorang dia dengan seekor katak.
Katak kecil itu terkial-kial berusaha melintas jalan laluan keretapi.
Rel besi dan batu-batu landasan menjadi halangan sukar bagi
si katak.Rasa simpati seorang dia mengerakkan tangannya untuk membantu.
Di angkatnya si katak menyeberang lalu diletakkan di rimbunan semak.
Dia mengharapkan agar katak itu selamat.

Di ceritakan orang dinegara Belanda terdapat binaan terowong-terowong
khas sebagai laluan katak-katak yang ingin menyeberangi jalan.
Sehinggakan di beri nama jolokan kepada negara itu.Keckerland atau negara
katak-katak.

“Ya Allah ini lah rezeki pertama ku pagi ini,kau telah lorongkan peluang
untuk aku berbakti kepada mahluk-mahluk Mu di bumi ini,Alhamdullilah.”


Kasihani lah apa-apa yang berada di bumi,agar kau akan di kasihi oleh
apa yang berada di langit.

Demikian lah perihal rezeki kadang-kadang kita sedar kadang-kadang
kita tak perasan pun apa yang di anugerah oleh Allah pada kita.Yang
tahu nya kita tak pernah rasa cukup dengan habuan duniaHa..ha..ha

Thursday, July 3, 2008

Hadiah

KU CARI DAMAI ABADI

AKU CARI BUKAN HARTA BERTIMBUN-TIMBUN UNTUK HIDUP KAYA...
CUMA KAPAL LAYAR MEWAH DI PERTH, AUSTRALIA...

AKU CARI BUKAN WANG BERJUTA-JUTA UNTUK HIDUP BERGAYA...
TAPI KALAU BERPELUANG, APA SALAHNYA...

AKU CARI BUKAN KAWAN-KAWAN UNTUK HIDUP SEKADAR BERFOYA-FOYA...
NASIB BAIK DAH ADA ISTERI BARU, KALAU TIDAK BOLEH JUGA...

AKU CARI MANA DIA CUKAI ARAK, BABI, LOTERI DAN JUDI...
AKU CARI MANA DIA HASIL PETRONAS CARI GALI...

KITA BONGKAR RAHSIA VK LINGAM DALAM TV...
CARI BUKTI (YANG AKAN KU SOROK SAMPAI MATI)...

KITA BONGKAR RAHSIA NAJIB LAKI BINI...
CARI C4 DALAM PETI (YANG JUGA AKAN KU SOROK SAMPAI MATI)...

AKU HIDUP KERANA DIA KHAIRY...
RAKYAT DAN PENGUNDI? AHH...DIAORANG SEMUA BOLEH PEGI MATI...

KHAIRY DAN PATRICK BADAWI MENCUKUPI...
AKU HIDUP BERERTI DI SAMPING ISLAM HADHARI...
(ISLAM YANG ADA HAD DAN ADA HARI)...

MENIKMATI DAMAI ABADI... BERSAMA ISTERI BARU BUAT STOK GELI-GELI...


Hasil Nukilan :

Abdullah Ahmad Badawi...
dan sorang pengundi yang tak puas hati...

Sajak ini di hadiahkan oleh seorang sahabat melalui email.Atas permintaan beliau gua tak boleh kasi tau nama dia yang sebenar...low profile..ha..ha.. tapi dia ni sebenarnya punya nama besar dalam bidang penyiaran satu ketika dulu..ha..ha...anyway untuk lawak-lawak sinis...aku kongsikan bersama dengan lu orang