Tuesday, July 22, 2008

Y=yang B=berakal


Jumaat yang lepas tugasan aku membantu anak-anak
istimewa dari SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Kuala Lumpur
telah mepertemukan aku dengan satu pengalaman
yang menarik dan penuh erti yang mendalam.

Aku membantu anak-anak sekolah ini bersama guru-guru
mereka menjalankan program di Taman Negara selama
4hari 3 malam.Kanak-kanak ini terdiri dari mereka
yang kurang upaya dari segi pembelajaran dan juga
fizikal..

Salah seorang dari mereka ini bernama Syafiq.Guru-guru
memberi nama jolokan Y.B untuk Syafiq.Di samping
ada sindrom down yang tak begitu ketara
Syafiq juga mengalami masaalah slow learner.

Kalau mahu di gambarkan si Syafiq ini boleh lah
di bayangkan macam karektor Forest Gump.
Beliau keletah dan agak mesra dengan aku.

Di malam kedua kami bersama,sewaktu menonton
Buletin utama jam delapan malam,berita tivi
menyiarkan slot sukan.

Syafiq: Uncle...ra..ra..raseee..ppp..patuttt..ke..
Atlet yangggg...da..da..pattt eeemmas
Tuuu...di bagggiii...1jutaaa...


Aku: Entahlah...syafiq rasa macamane.

Syafiq: Tak..kk..pa..pa..patuttt lang..sunggg
Lebihhhhh...ba..ba..baikkk bagiiii
Pa..pa..da...anakkkk...yatim dan oranggg
Suuuuuuu...sahhh.

DAASSYUMMM!!!..amik kau!!! Otak si slowlearner
ni lebih geliga dari otak menteri besar yang kemaruk
kereta mewah negara Jerman tu.
Ini otak budak baru 13 tahun..ha..ha..Otak menteri
yang dah kotai tu masih tak reti-reti nak berfungsi
selayaknya.

Sybas Syafiq..suatu hari uncle harap kamu betul-betul
jadi Y.B..he..he

8 comments:

benludin said...

honest thinking from a child....untung mak ayah depa..

better than honest saying from a real YB, but inside him is stupidity...bak kata Forrest Gump: "Stupid is as stupid does..."

Anonymous said...

mmm...atlet paralympic pon xdpt sebanyak tu ... membazir rasanya bayar income tax kalau digunakan utk sumbangan sebegini...baik bayar zakat...

ummzaid said...

apa la nak jadi dgn YB YB kita ..
ngabih ke boreh je..

kaca said...

kenkadang tu budak2 istimewa macam ni ada satu aura terpendam. cuma kita tak nampak dengan mata kasar. sebab ada sorang anak kawan aku, jugak sindrom down, but she manage to lukis gambar yang memang boleh kita bagi pujian. kenkadang tengok dia lukis, macam tak caya jerk itu lukisan seorang budak yang sindrom down. first time tengok, aku hengat orang lain yang lukis. tapi bila member cakap anak tadi yang lukis..hmmm..say no more. anugerah tuhan. disebalik kelemahan dia, ada keistimewaan yang kita tak tahu.

ubilepih said...

anonymous..bayar zakat jgn tak bayar..tapi tengok juga nak bayar tu kat mana..kadang2 agensi2 ni tak boleh pakai gak..ha..ha silap haribulan depa buat berjoli kat London..heeee

Dah lah beras mahal yek orang kenada..ha..ha

Kaca..bole u tolong amik gambar lukisan tu...coz gua bab2 lukisan
ini gemar amat..ha..ha.hata lukisan si anak Ben pun gua suka.
Kita ni makhluk semuanya bersifat lemah kaca..ha..ha..kena kenal diri

Anonymous said...

LEBIH SETUJU KALAU BERI RM 1 JUTA TU KEPADA ATLET NEGARA YANG BERJAYA MENUTUP AURAT KETIKA SEDANG BERAKSI DALAM DISIPLIN MASING-MASING...

kaca said...

nanti aku cuba try test tanya dengan member pasal lukisan anak istimewa dia tuh. tapi tak janji hapa2 ya. sebab aku ni pun lambat lagi nak boleh balik nih. perintah buang negeri belum berakhir. ahaks.

ubilepih said...

No worry seniorita,take ur own sweet time..gua buka apa just seronok tengok lukisan..seronok dia rasa lain macam..hii..hii