Tuesday, July 15, 2008

Debate after Debat






Venue kedai Kopitiam Tong Chong.7.30am.

Sehak Perabot: Emmm..aku tengok debat semalam bagus betul
Sabri bantai Nuar,terkedu tak terjawab.

Din Ketor: Debat tu pasal rega minyok naik,bukan soal bantai
hal-hal peribadi.Bukan Nuar tak nak jawab,sebab itu bukan
isu perdebatan.

Sehak Perabot: Macamana pun aku puas ati,sabri dah bagi
cukup-cukup kat Nuar.

Din Ketor: Sabri tak menjawab isu perdebatan,meleret-leret entah ape-ape.
Sampai soalan dari editor Siasah pun terus tak berjawab

Sehak Perabot: Nuar cakap je pandai tapi habuk pun tarak.

Aku bayar duit minum,terus belah malas nak dengar debate dua
orang meLAYU tadi.
Secara peribadi debat antara Anwar dengan Sabri Bibir Kecik
semalam dua-dua pihak menang.Anwar menang dari segi hujah.
manakala Sabri Bibir Kecik menang sorak.Cuma markah
Sabri Bibir Kecik tinggi sikit..kerana penyokong dia besorak
dan pihak lawan dia dan juga penonton-penonton tivi
termasuk aku menyorakkan dia.Menang SORAK kampung terGADAI.
Ohh ya…sorakan aku hanya seperti sorakan Anjing menyalak
Bukit Angkasapuri…ha..ha

Menyalak pun tak boleh lebih-lebih sekarang takut di jemput
Mengadap Berdatang Sembah..kah..kah..kah

16 comments:

benludin said...

sian saberi kecik...siap berbuih2 tepi mulut menerangkan kepada rakyat kenapa kerjaan naikkan harga minyak...tapi rakyat budat derkk jee...sapa suruh naikkkk

ubilepih said...

Menteri penerangan yg kurang batri,tu pasal tak terang,malap je mana rakyat nak nampak..gelap-gelap ni orang baru kawin je yg suka...nak naik minyak..hi..hiii

kaca said...

errkkkk..ada publish dalam youtube tak debate semalam ? haku takleh nak access dari sini. aku nak tumpang sorak sama ni. macam aci hengkamuorang jerk yang dok bersorak kan.

kaca said...

apa kes sultan tak kasi caya sama blog ka ?

khir toyol punya blog pun berasap apa..hahaha..

Anonymous said...

koi tengok gak, dari blog DSA je la..

org kalau dah suka tu, walau macamana bagus pun hujah dia, tak de lah org nak terima .. tangkap terus esoknya ada la...

ngape Datuk Shabery tu tak bawak sapu tgn ke tisu ke.. ish...

ubilepih said...

Its all about politic..ha..ha..macam kawan gue mior cakap,yang berkuasa salah guna kuasa,ada yang gila nak berkuasa.akhir jadi citer budak dalam hikayat Singapura di langgar TODAK...

Anonymous said...

hehe..act politik mmg mcm gitu bro.thats my point of view lah..nak cari mcm nik aziz..rare,org tak mampu..kebanyakan org pas pun tak mampu..sebab manusia itu ada nafsu,mcm nik aziz,dia pure,in practical,bukan setakat teori.tu gua besar hati juga dapat perform depan dia esok.hehe.gua tgk debat tu dgn sohaimi...kita gelak jer la..but teruk sgt la,sabery bukan level anwar,jauh sgt..debat ni makanan anwar..hehe..in any situation pun ,kita masih mcm ni juga,kat perak ni,pakatan take over,pun masaalah juga,ada juga kroni dia,sebab kita deal dgn state,haru bro..haru..kita nak kerja,pun kena terbabit dgn game diorang..abis camner?hehe..meorpestajiwa

kaca said...

ikhlas cakap, antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Husam, aku lebih cenderung ke arah Husam.

Erkk..Husam dengan Nik Aziz dalam satu parti yang sama kan ?

hehehe..pening pening...

ubilepih said...

Politik,,kaca...politik...tapi kita kena mencari pemimpin yg berakhlak mulia..dan sejuk mata memandang..ha..ha

Anonymous said...

BA = 1
BN = 0

Lepas ni kita tunggu pulak debat di antara Mursyidul Am PAS - Nik Aziz dan Mursyidul Am BN - Zahid Hamidi...

kaca said...

errkkk..kalau nak cari yang sejuk mata memandang, kena pangkah calon yang cun lah.

tapi masalahnya kat BolehLand ada ke calon yang cun ? Kak Pidah dah pun macam asam boi jerk...muahaha..

kaca said...

errrr..cuba letak ais kat keliling mata tu..sure sejuk..muahaha...

kaca said...

ni lagi sorang..hentah bila nak hapdet blog pun tatau la..hmmm..

Anonymous said...

UBAH GAYA HIDUP...

Bagi menjamin kesejahteraan ekonomi keluarga, tuan2 & puan2 disarankan menjual kenderaan sedia ada dan menggantikannya dengan MERCEDEZ BENZ KOMPRESSOR C220. Nescaya tuan2 & puan2 bahagia.

Anonymous said...

ooo...patut la hari ni si kaya terus kaya dan si miskin terus miskin..

sebabnya si kaya mampu berjimat sebab diaorang guna MERCEDEZ KOMPRESSOR E200..

manakala si miskin tak mampu berjimat sebab diaorang tak guna MERCEDEZ KOMPRESSOR E200..

kesian si miskin..

Anonymous said...

Ternyata Anwar Ibrahim terlalu terkehadapan berbanding Ahmad Shabery dalam hal ehwal berdebat ni.Lagipun tak banyak point Ahmad Shabery yang berjaya meyakinkan rakyat berbanding point yang diajukan oleh anwar Ibrahim..

Tapi apapun dari satu sudut,kita tetap kena respect pada Ahmad Shabery sebab berani berdebat secara terbuka.Berbanding dengan Menteri2 Penerangan yang dulu, jangan kata nak berdebat,nak tengok mata Anwar pun tak berani. Kutuk belakang2 berani la..Datuk Zam? Lagi tak guna.Mamak tu baca teks pun tergagap-gagap.Inikan pulak nak berdebat..PUI!!!