Wednesday, July 9, 2008

Rezeki


Keluar mencari rezeki.Seiring hayunan pertama kaki kanannya
pagi ini, disulami doa-doa kecil dalam kerangka munajat seorang
hamba.

“Ya Allah permudahkan urusan aku hari ini,dan Kau berkati lah
aku dengan rezeki-rezeki yang baik serta halal.Sesungguhnya
Engkau lah sebaik-baik pemberi.Amin.”

Di hati dan fikiran manusia lazimnya yang di namakan rezeki
semestinya lah ganjaran habuan berbentuk material.
Tetapi kadang kala pemberian Allah datang dalam bentuk yang
lain dan amat abstrak sifatnya.Dia lah yang empunya Rahman
dan Rahim.

Di pertengahan jalan bertemu lah seorang dia dengan seekor katak.
Katak kecil itu terkial-kial berusaha melintas jalan laluan keretapi.
Rel besi dan batu-batu landasan menjadi halangan sukar bagi
si katak.Rasa simpati seorang dia mengerakkan tangannya untuk membantu.
Di angkatnya si katak menyeberang lalu diletakkan di rimbunan semak.
Dia mengharapkan agar katak itu selamat.

Di ceritakan orang dinegara Belanda terdapat binaan terowong-terowong
khas sebagai laluan katak-katak yang ingin menyeberangi jalan.
Sehinggakan di beri nama jolokan kepada negara itu.Keckerland atau negara
katak-katak.

“Ya Allah ini lah rezeki pertama ku pagi ini,kau telah lorongkan peluang
untuk aku berbakti kepada mahluk-mahluk Mu di bumi ini,Alhamdullilah.”


Kasihani lah apa-apa yang berada di bumi,agar kau akan di kasihi oleh
apa yang berada di langit.

Demikian lah perihal rezeki kadang-kadang kita sedar kadang-kadang
kita tak perasan pun apa yang di anugerah oleh Allah pada kita.Yang
tahu nya kita tak pernah rasa cukup dengan habuan duniaHa..ha..ha

2 comments:

Umm Zaid said...

Salam alaik ..

Alhamdulillah, bagus ada org macam deme ..

ketnya, kome, kalau dgn katak, tak leh la.. kome geleman..

PARADISE THEATRE said...

Walaikumsalam!

Segala-puji-pujian itu hanya untuk Allah,kita hanya antara makhluk ciptaannya yang telah di amanahkan untuk mensejahterakan alam ini...semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa kita.just dalam proses to be a good muslim..ha..ha.