Monday, July 14, 2008

LAM..MIM..BA..WAU


Ini zaman robot-robot.Ini zaman hebat.Ini zaman kita.
Namun sebenarnya kita masih lagi tetap manusia
yang sering terlupa dan kerap melatah.

Benarkah dizaman ini teknologinya sudah benar-benar hebat.
Tidak tepat kalau kita merasakan Ya.
Sila buka naskah Al-Quran,lihat pada surah Al-Araaf.
Umat Nabi Musa(A.S) lagi hebat sehingga mampu mencipta
robot anak lembu emas yang mampu besuara.Kerana teruja dengan
kehebatan itu lalu robot anak lembu tersebut mereka jadikan berhala.

Begitu lah sifatnya manusia,bila terkesima di dalam
kehebatan selalu akan cepat lupa diri.

Kenali dan selalulah menginsafi diri,
baru lah kita dapat mengenali Sang Pencipta kehebatan itu.
Kalau kita sudah merasa hebatnya Sang Pemilik kehebatan
pastinya kita tidak akan cepat melatah dan hanyut.

Hanyut didalam dendam sehingga sanggup bersumpah
untuk menyingkap tabir-tabir aib sesama insan.
Lebih buruk lagi sanggup bersumpah atas nama Islam.
sedangkan Islam itu agama kesejahteraan.


Konon meminta fatwa ulama-ulama untuk menghalalkan cara.
Kalau lah Islam mengizinkan yang sedemikian
alangkah buruknya Agama tersebut.sedangkan ianya Deen
yang tepelihara.

Hanya lembu-lembu yang telah di robotkan yang sanggup
memesongkan agama demi kepentingan diri.

Janganlah kita sampai menyembah lembu-lembu ini.
Nauuzubilahminzaliq.

P/s Bro Meor cuba cipta lagu Lembu Patah Tanduk Versi baru..ha..ha..ini lagu rakyat gak.

4 comments:

kaca said...

errmmm..sebut pasal lembu ni kan, kalau ada peluang datang la ke tanah bekas jajahan islam ni pada bulan julai, bermula 7 julai sampai 14 julai. ada fiesta san fermin. di mana diorang akan lepaskan lembu yang garang tak hengat tu kat jalan raya (of course under kawalan lah) then kita akan lari bersama2 dengan lembu tu. risiko kena lenyek dan kena tanduk sendiri tanggung. haha.

lawak pun ada, rasa cam bangang pun ada. takde keje lain ker. tengok anak hamster main roda pusing lagi bagus dari dok tengok lembu berlari atas jalan raya. cisss.

ubilepih said...

ello Seniorita,mucho Gracie...sorri gue bab-bab mendera binatang kurenggg sikit.Gue enviromentalist a.k.a nature lover..ha..ha..lembu ni buat lauk je..ha..ha

kaca said...

haha, haku pun enviromentalist jugak. aku pun tak sokong bab dera2 binatang nih. diorang ni memang kuat merapu.

benludin said...

masa kecik2 dulu aku suka dera kucing aku...bila kuciag aku menguap je aku terus jolok jari aku masuk mulut dia...tak jadi kucing aku tido..wakakak

but now..dah tobat...sian kat binatang esp semenjak tgk cenel animal planet kat astro...semut pun gua tak berani pijak gua cakap lu...kalau nak pijak siap kata sorry kat depa..haha