Tuesday, October 28, 2008

Almost Famous


Cast: Al Ubino

Director: Ben Ludin

Script: Ubilepih

Soundtrack: Meor


Ngomelan wa ini agak bersifat peribadi.Rasa teruja menyelinap

di segenap jiwa.Masa kan tidak..!!!,bilamana hasil nukilan telah

disisipkan dicelah barisan nama besar lagi gah seperti Pyan

Dollah Jones,Hishammuddin serta Black.

Meor telah sudi melagukan Raungan Anak Belantara ( klik untuk dengar lagu) dalam irama

kesukaan.Lirik itu terhasil dari rasa radang wa bila terbaca tentang

gadis2 Penan rakus di perkosa oleh penjarah2 alam.Dalam

masa kurang lebih 20minit rasa radang itu tercurah kehelaian

Microsoft Word.Tiada sangka tiada duga hasilan yang wa kirakan

begitu naïf serta mentah dapat di garap menjadi blues yang indah.

Memang Meor amat setia dan jujur dengan kerjanya.Atas nama

kejujuran jua maka itu wa amat bersenang hati menyalurkan

lirik tersebut kepada beliau.Bagi wa hanya melalui mereka yang

jujur sahaja segala maksud akan sampai.

Sejujurnya wa katakan bahawa tidak mungkin wa akan

salurkan lirik itu kepada mereka yang berada di persada

Glamour.Itu bukan ruangnya untuk wa.Pertama kebarangkalian

yang amat besar lirik wa akan memasuki bakul sampah,dengan

alasan tidak boleh bikin duit.Kedua mereka akan memporak

perandakan lirik itu.Tidak tega wa jika lirik itu di dangdutkan.

Irama dangdut yang akhirnya akan menghiasi rumah2 dangdut

di kota besejarah.Dangdut yang lucah menghiburkan badut2

beperut gendut ketika meratah kekacang anak bangsa sendiri.

Itu yang wa maksudkan dengan tak sampai.Wa tidak

mahu hasil otak genius wa di bangsatkan seperti pangkat

anugerah “Datuk”.Itu Pariaaaaa namanya.

Juga wa seram dengan lampu glamour yang menyilau.

Silauan nya berbisa boleh bikin orang alpa.Lebih selamat

Wa tengok kilauan kepala Ben je.Kerana wa lelaki stoneage

wa juga khuatir jika lirik itu terlepas ke kumpulan anak2

newage,seperti kumpulan Bar2Play,walaupun kumpulan

itu masih teperap dalam kotak studio satira Dollah Jones.

Kalau kumpulan ini betul2 muncul nanti punah ranah kita.

mereka ini adalah laskar-laskar dajal barangkali.

Kapada kamu orang2 jujur,yang selalu masuk panggung wa

di sini wa beseru,bila nanti album Meor sudah keluar

lu orang beli lah yang ori,lu orang bole oder terus dari

dia sendiri.Daripada lu orang terus2 layan lagu CT,baik

sesekali lu orang lucutkan diri dari mende2 yang skima

itu,belajarlah untuk jadi genius seperti kami.Jangan

jadi orang yang Membenarkan Kebodohan…ha ini

pun satu lagi lagu Meor lirik oleh Dollah Jones.

Lu orang kena layan lagu2 gini,meskipun nanti

lu orang akan di anggap kumpulan Jebat,apa salahnya

kita ni kan orang2 yang hebat…ha..ha..ha…

Bro Meor terima kasih daun keladi

Lain projek kita bikin lagi….kkih..kih..kih

8 comments:

benludin said...

buat lagu joget pun ok tu...hehe

ubilepih said...

1)wa takut kumpulan BAR2PLAY tu yg buat joget..kacau...blues pun bole joget kan..ha..ha..no prob...kita joget ngan gang2 gua SEMAI,BATIK,PENAN,ect..ect..ha..

meorpestajiwa said...

haha..thanks bro..kita ni golongan minoriti,,itu fact..namun sangat bermakna..pada hidup itu sendiri

blackpurple @ jowopinter said...

Tahnuah! Tahniah! Tahniah!

Caiyok!

ubilepih said...

1)yES BRO terus2 sama kita memaknakan hidup kita..

2)JP tq bro..:)

Insan Bokoh said...

OK gak lirik lagu tuh.. So, bolehlah kembangkan lagi bakat. Buat apa nak simpan, ye tak?

lanterajiwa said...

antara gabungan yang hebat jugak... album tu mesti catat sejarah punya lah....

ubilepih said...

ha..ha..bro latera yang lain tu memang hebat,gua jer semut halus,sama2 kita doa kan projek bro meor berhasil dan mencatat sejarah org minoriti