Tuesday, June 17, 2008

Keramat Tok Kaya Aji



DI LANDA RIBUT KERAMATKARNIVAL LIPIH

Dato Orang Kaya Haji meski pun beliau juga salah seorang pejuang melayu Pahang,
tetapi catatan tentang beliau tidak begitu banyak ditulis dan di ketahui umum.
Tidak seperti wira-wira Pahang penentang penjajah yang lain seperti
Tok Gajah,Bahaman dan Mat Kilau.

Hatta orang Lipis sendiri pun ramai yang kurang tahu dan
tak ambil tahu tentangpahlawan ini,walaupun nama beliau di abadikan
pada salah sebuah sekolahkebangssan di daerah ini.Generasi remaja lagi lah
banyak yang tidak tahu tentang tokoh sejarah ini,Dato Siti pun sendiri
saya khuatiri sama ada beliautahu atau tidak tentang tokoh sejarah Lipis ini.

Di zaman nya Tok Kaya Aji menguasai banyak tanah di Kawasan Bandar Lipis.
Sesuai dengan kedudukan beliau itu maka dia bergelar Dato orang Kaya Haji.
Diwaktu itu tanah-tanah di kawasan Sekolah Menegah Clifford membawa ke
Padang Majlis Daerah merupakan tapak sawah beliau.

Bukan untuk membebel tentang isu sejarah di sini,saya cuma nak bercerita
tentang konon nya Tok Kaya Aji ini seorang yang punya keramat.Cerita
keramat ini diperdengarkan kepada saya oleh orang-orang lama kampong
dan orang tua saya sendiri.

Biasa lah kalau bersemangat rebel masa zaman tu,pasti di anggap pemberontak
dan pederhaka,British pun pandai main jarum melaga-lagakan melayu.Akhirnya
ada lah watak melayu bodoh yang sanggup makan upah menembak Tok Kaya
Haji dengan peluru emas.Kalau bepelurukan yang biasa kata nya badan Tok
Kaya Aji tidak lut.Di sebabkan peluru emas itu maka beliau terkorban.

Menurut orang tua-tua di tapak tanah arwah tidak boleh di adakan keramaian
dan pesta-pestaan,jika diadakan juga cuaca akan meragam.Biasanya ribut
akan melanda.Tetapi sama ada secara kebetulan atau tidak saya memang perasan
dari dulu-dulu lagi Kuala Lipis kalau ada pesta mesti hujan turun.

Semalam pun hujan turun lebat dan angin kencang melanda Bandar Lipis,kesannya
pagi ini banyak pokok besar yang tumbang serta terbongkar.Shhhh!!! saya tak berani
nak cakap kuat-kuat dan lebih-lebih nanti orang marah….nak tau..tapak karnival
Lipis yang sedang berlansung sekarang tu atas bekas tanah Tok Kaya Haji ini lah.
Agak-agaknya keramat beliau marah kot,sebab anak cucu dia warga Lipis tak
reti bahasa asyik nak beseronok dan membazir je…walau harga minyak dah naik…
boleh jadi juga laaa…

Analisa lojik saya pulak angin kencang yang banyak menumbangkan pokok-pokok
semalam itu barangkali disebabkan banyak bukit-bukit dan hutan-hutan zon
penampan angin telah digondol serta dimusnahkan.Cuaca kat sini pun dah
tak senyaman dan sejuk dulu lagi macam dalam tahun-tahun 70an.Ha..ha..ha
sori lah an Environmentalist always an Environmentalist…ha..ha..

2 comments:

benHARPERbenLUDIN said...

FAKTA :ribut dan hujan mmg berlaku setiap tahun semasa karnival lipis

Anonymous said...

MELAYU MUDAH LUPA..HAHAHA