Thursday, June 5, 2008

MenGENtuT



Semalam suasana persekitaran muram dan lembab.Hujan turun awal pagi,barangkali Tuhan ingin meredakan kepanasan hambanya menerima lontaran bom harga minyak bertambah naik. Maka kentut aku semakin tidak lawas.

Rata-rata rakyat menyatakan radangnya.Tapi menteri nak buat camana dah terpaksa,apa yang memaksa aku tak pasti sebab aku ni bukan orang cerdik sangat yang tahu suasana ekonomi global.Kesian mereka kalau di buat soalan kuiz secara spontan,berapa harga tepong,berapa harga bil lektrik,dari K.L nak gi Alor Star berapa nak kena bayar tol, haram dia orang dapat jawab.Tak percaya cuba tanya Pak Lah secara sepontan berapa harga ikan bilis sekilo hari ni…terkulat-kulat lah dia nak bagi jawapan,kalau jawapan salah pun dah kira baik tapi harus tak berjawab langsung soalan tu.

Tapi awas jangan tanya yang seorang lagi tu,harus soalan di jawabnya dengan letupan C4.Tak bebaloi buat lawak bodo dengan dia ni.

Menteri-menteri minta kita ubah gaya hidup,ubah je lah jangan banyak songgeh.Tapi
ingat seruan ini cuma untuk rakyat jelata yang merhain saja.Tukarlah kepada gaya
hidup yang melarat.Makan ubi,jangan mandi kecuali yang wajib(bagi muslim),jalan kaki kalau nak balik kampong walaupun anda duduk K.L dan kampong kat Bukit Kepong,hah itu lah gaya hidup melarat namanya.Extreme ke? Eh dak lah,G.Kinabalu orang bole buat marraton run!!..

Sebut pasal makan ubi ni teringat aku pada seorang nenek,tapi arwah dah dia.Nenek ni
masa hayatnya dipotong 14 pun tak akan pangkah parti lain selain BN.Pegangan hidup dia (masa dia hdup lah}:-

“Usah undi hak lain,nanti susah kita,ewan tak nak balik macam zaman jepun makan
ubi kayu kita”

Ewan berkat PANGKAH ewan dulu kami anak cucu ni dah nak balik kepada zaman makan ubi kayu macam ewan dulu…nak kate mende lagi da.

Menteri-menteri ni orang besar,biasa menda-menda yang besar susah kalau nak
di ubah atau berubah.Jadi seruan ubah gaya hidup bukan untuk dia orang.tapi untuk
kita-kita orang kecik Lagi pun tak kan kita nak suruh dia orang makan ubi,naik basikal,tidor tak pakai air-con kot.

Gilerr!! kesian dia orang.Makan ubi kembong perut nanti susah pulak dia orang nak mesyuarat dalam parlimen.Parlimen penuh dengan bau kentut je mana boleh tahankacau.Nasib baik Kak Pidah dah pencen kalau tidak boleh tahan juga kentut beliau tu, tengok dari segi lahiriah dan body languagenya lah.Aku tak penah pun cium beliau punya.Tapi cuma satu kebaikan kalau mereka kuat kentut,aku rasa pembangkang akan cabut sebab tak tahan bau kentut.Bila pembangkang dah tak ada semakin selesa lah mereka.Idea-idea untuk mengubah cara hidup kita akan mencurah-curah datang.Jangan mereka sendiri yang pengsan sudah lah.

Maka ubah lah gaya hidup anda,kalau kita sayangkan negara kita.Aku dah ubah dah gaya hidup aku dengan megamalkan sikap berjimat cermat,aku telah kurangkan kenaikan BARANG aku.Jimat bil air Bro!!!.kih..kih..kih

1 comment:

Anonymous said...

Sebut pasal UBAH GAYA HIDUP ni..Ada sesiapa yang minat nak beli MERCEDES KOMPRESSOR E200? Lebih jimat berbanding Proton beb.. Kalau berminat sila contact aku..
Kalau nak kepastian, sila call MB Terengganu..Beliau antara pelanggan aku yang amat berpuas hati..Hari tu beliau order 14 bijik dari aku..Aku tolak harga kawan2..RM240K (itu tak termasuk harga mark up la-25%)..