Tuesday, June 24, 2008

Stick insect's Blues


Melihat dari pautan yang rapuh
Aku sebak aku lelah
Belantara sejahteraku semakin mengecil
Hilang di ratah rakus virus-virus liar


Aku mahu naik atas….Aku mahu naik atas

Nyaman rimbun hijau
Hangus di bakar warna gersang
Hidupan dahaga mati kehausan
Di lopak-lopak yang kontang


Aku mahu naik atas…aku mahu naik atas.


Asap kepunahan
Debuan racun beserakan
Manusia ciptakan kehancuran
Manusia lahirkan kemusnahan

Aku mahu naik atas…aku mahu naik atas.
P/s ha..ha..ha Bro Meor lu boleh bikin lagu ke dengan Blues aku ni...blues ni protes jiwa aku tentang penjenayah alamsekitar.Kalau lu boleh kasi goreng ini blues dengan gitar lu...wah seronok gileeeerrr gua...

2 comments:

Anonymous said...

ok bro nanti gua bikin...kena cari mood dulu...sudah siap kasi wa kasi lu dgr..hehe(meor)

ubilepih said...

ha..ha..ha..Tq very much bro..bgi blues kaw-kaw punyer.