Monday, July 28, 2008

Israq Mekraj


Setelah di seru kita pun membaca.
Setelahnya kita jadi pandai.
Pandai baca,pandai tulis,pandai kira
dan pandai lukis juge…

Setelah pandai dimana kita?
Setelahnya kita jadi lupa dalam alpa.
kita lupa diri,kita lupa DIA
kita lupa sebenarnya kita masih di medan uji
dalam menunggu nombor bilangan naik.
untuk di panggil balik.

Nikmat pandai kekadang megelirukan kita
Sememangnya sifat manusia begitu;Lemah

Kerana pandai kita jadi ahli surau,ahli masjid
dengan rela dan bangga kita mejulangkan
Nama kita duduk sebaris dengan penama-penama
Mulia yang tertulis di dalam Al-Quran.

Cepatnya hati kita bertindak…riak..
Sedangkan nikmat kebaikan itu sendiri
masih kertas uji dari Ilahi

Ibadat kita puluhan tahun bukan tiket
untuk kita masuk firdaus
untuk mengimbangi nikmat bulu mata kita pun
belum cukup nilainya.
Segala berlaku cuma atas RahmatNYA
DIA sang pemilik hati yang berbolak balik.

Hati yang bersepai-sepai
Diri yang tulus mulus dan sexy
Diri yang solehah
Diri yang memiliki 4 isteri
Semua kertas ujian belaka…jagan leka..

Dalam period ini aku pun masih belum solid2 lagi
Masih rabak2..ha..ha..ha macam kata Bro Meor.
Kacau betul…ha..ha..ha..ha

“Wahai Tuhan Kau lah yang memberi kami kebaikan
maka jadikan kami orang2 yang bersyukur”


Selamat menghayati Israq Mekraj :]

11 comments:

kaca said...

errrr...apsal sayu jerk hati aku bila baca nukilan ko hari ni encik..

perrgghhh...sayu sungguh aku sebab terasa beban dosa. arrrgghhh..malas lah aku visit blog ko lagi encik pasni. biasa la, aku kan manusia tipikal. yang memang selalu buat2 lupa akan dosa dan kelemahan diri...muahahahaha..

kaca said...

errrr...apsal sayu jerk hati aku bila baca nukilan ko hari ni encik..

perrgghhh...sayu sungguh aku sebab terasa beban dosa. arrrgghhh..malas lah aku visit blog ko lagi encik pasni. biasa la, aku kan manusia tipikal. yang memang selalu buat2 lupa akan dosa dan kelemahan diri...muahahahaha..

Anonymous said...

Sebut pasal Israq Mi'raj ni kita kena perbetul sikit pengetahuan kita..

Kita selalu tengok dalam TV & akhbar tentang Masjid AlAqsa yang digambarkan sebagai berbumbung kuning.Itu sebenarnya bukan.Masjid AlAqsa yang sebenarnya berbumbung biru.Ini semua kerja Yahudi yang nak mengelirukan kita.

Bangunan berbumbung kuning yang sering digambarkan sebagai Masjid AlAqsa tu sebenarnya ialah DOME OF ROCK..Batu yang nak ikut Rasulullah masa Mi'raj ke Siratul Muntaha'..Batu tu merupakan satu petunjuk kekuasaan Allah sebab sampai sekarang batu tu tidak jejak ke bumi.So diaorang buatkan bangunan tu dan diletakkan tiang di bawah batu seolah-olah tiang tu menyokong batu tu..Sebab kalau tidak sesiapa sahaja yang tengok akan pengsan sebab terlalu takjub dengan kebesaran Allah itu... Wallahualam...

ubilepih said...

ha..ha..ha..twice lu antor komen kaca..sori la kalu lu tangkap sayu.mana ada manusia tak bedosa kecuali Baginda Nabi Muhammad SAW je yg maksum...posting tu banyak nya pesanan untuk gua sendiri.Gua ikut seruan je supaya bepesan-pesan pada jalan kebenaran dgn kesabaran..ha..ha..kan gua cakap gua masih blum solid masih manyak yg rabak-rabak.WINK

Anonymous said...

mati itu pasti bro,but while we're still here..hidup mesti terus..mati itu keabadian,hidup itu kecintaan..kecintaan itu individualistik sifatnya..pun subjektif juga..hehe(meor pestajiwa)

ummzaid said...

terasa jugalah dgn diri ini..
penuh dgn dosa dan noda..
semoga dijauhi rasa riak dihati..
yg tentunya tdk menambah saham utk ke shurga..

INTAN RH said...

mlm td kome berkampung kat masjid, ada program sempena Israq Mi'raj ni..kul 10 lebih br balik...

benludin said...

bro..

payung tu saja je toke kedai tu letak. Ia khas utk customer2 yg poketnya rabak spt kita..haha

ubilepih said...

Kita yang layan rabak-rabak things..ha..ha

ubilepih said...

Bab kecintaan tu yg susah nak mantain tu..ha..ha..maklumlah macam rambut di belah 7..he..he..

Anonymous said...

HuuuHHuuuu...
Thank you brother to remind us all about what we have done. Hopefully, your message gets into our heads and change the way on what we should do in the future. Insyaallah...