Wednesday, August 27, 2008

Kecundang jua akhirnya.


Aku bising-bising ke segenap ruang.
Menyumpah laknat,menyalak,meraung
memuntahkan segala AUTA yang ada.
Tapi mereka tak pandang pun,tak dengar pun.
Pekak apeee!!!!! Chis.MELUAT.

Tuesday, August 26, 2008

Aliens


Cerita wayang gua hari ni adalah sebuah cereka sain fiksi.Fiksi sain ugama
Opps boleh ke gua guna istilah itu…?Kita ada sain gunaan,sain pertanian,
sain angkasa,sain sukan hatta sain rumahtangga pun ada,so tak bole ke
Gua guna istilah sain ugama…kah..kah..kah,ok--ok,kalau gua salah,maafkan
Gua,just jagan gua dihukum persis Salman Rusdie.

Ala bagi gua kita la ni dah banyak lintang pukang,dan cacar marba nya
He..he..he…betul gua cakap lu,la menda tidaknya kalau nak naik haji
pun bole kira hutang-hutang dulu,amik loan macam beli kereta.yang
cakap tu bukan calang-calang orang,ustadah yang ada jenama Dato
muka selalu keluag tivi…pehhhh!.demikain juga bab isu sumpah
sumpah laknat,ada yang kata betul dan sah,ada yang kata tak betul
ada plak yang kata betul tapi tak berapa sempurna.yang mana satu
nak pakai pun tak tau.Yang kompius orang-orang daif macam gua
nak berpegang tapi terawang-awang.Hampeh laknat sungguh.

Anyway kita lupa lah pasal tu,kita berbalik pasal cerita kita.Ya
kali ni kita cerita pasal kita,bukan pasal dia,bukan awak,bukan
Aku,tapi pasal kita…ha..ha..ha..

Mula kejadian dari cecair lekit likat,menjadi seketul daging
bertulang,bersaraf,bersifat dan bedenyut nadi.Lena nyaman
dalam nafas zikir dialam rahim.Cukup bilangan,cukup ketika
Kita pun di hadirkan ke benua uji.Membawa advencer diri
masing-masing di dalam leburaya hidup bernama takdir.

Setelah mengenal malam dan siang,terang dan gelap
Ingatan terhadap perjanjian awal semakin longgar.
Terlupa makna hadir,teruja dalam hiasan2 duniawi.
Terpesona dengan yang di luar terlupa yang didalam
Terlupa sebenarnya kita hanya Alien di sini,menumpang
diperumah jasad.Sedangkan yang di dalam itulah kita
Yang di dalam itulah yang bakal pulang ke Negara asal.

Kerana leka ramai antara kita telah membuang peta
Hakikat,peta yang hak yang menjadi petunjuk arah
jalan kita hendak pulang.Kita lah sang-sang Alien
di dunia ini,sedang mengumpul bekalan untuk
di bawa pulang.Bila-bila masa saja giliran kita
di panggil pulang akan sampai…no doubt about it
Ha..ha..ha..Spaceship kita ok ke?

Beberapa hari saja lagi kita insyallah akan masuk makmal
Ramadan,so marilah kita sama-sama berusaha
selepas masuk makmal kita akan lebih berfungsi
sebagai alien yang ingat akan diri yang di dalam
Yang ingat bila-bila masa akan di jemput pulang ke Negara
Asal.

Kepada kita-kita yang alien ni gua ucapkan
selamat masuk makmal Ramadan,di doakkan
bila keluar nanti kita-kita semua jadi fresh
semula dan sentiasa ingat jalan pulang yek…
Ha..ha..ha..eh..eh lu orang nak celebrate Merdeka
ke?…he..he..he..merdekakan yang di dalam tu dulu.Baru lu orang
dapat faham.Biar lupa lirik jagan lupa code kekunci nak balik…
Kalau lupa code nanti tak boleh masuk..kacau tu…he..hee..hee

Sunday, August 24, 2008

leleh-leleh

Dua hari yang lepas gua borak-borak ngan Ben.
nymbang pasal gua tak leh layan lagu nasyid.
Maksud gua nasyid yang contemporary.
Biar lah kalau gua dianggap tak Islamic sebab
tak boleh masuk kepala dengan irama nasyid
yang leleh-leleh gitu.Dah lah penyanyi nya
kelihatan skima gilos dengan attire baju raya
pink kaler dan biru nila…Ha..ha..ha..

Cuba tengok kat tivi atau videoclip, persembahan
kumpulan nasyid ni,persembahan depa ala-ala
koir sekolah rendah dan lenggok bahasa badan
mereka macam ikan kekek mak eloi-eloi je.
kemudian lirik lagu dan melodi leleh tak
meberansang langsung.

Bukan gua anti lagu2 nasyid.Nasyid-nasyid
El-suraya,Al-Mizan,Al-Jawaheer dan yang
terkininya Raihan,kira gua layan abis.

Lagu Selimut Putih El-Suraya tu,kaw-kaw
punya nasyid bagi betul-betul pure tangkap
jiwa.Pernah di haramkan kat negara Boleland
dalam tahun 70an dulu.Biasak lah orang sebelah
sini mana boleh dengar lagu-lagu seriau tangkap
maut gini..hi..hiii.takut hantuuuu…

Sebenarnya gua lebih respek mamat generasi baru
yang galak nyanyi lagu Klasik nasional.
Suara dan stail depa memang ada klass tersendiri.
Yang lelaki memang jenis suara jantan merdu..ha..ha.
Rasanya bro Meor lebih arif untuk komen isu ni
sebab muzik adalah part of his world.What say you Bro?

Opppssss…mentang-mentang gua syok layan
lagu Mat Jaih dan sepupu sepapa dia,jangan
lah pulak kau Diamond n Glass melebelkan
gua pakcik(ganda 2) itu sudah sangat tue sis
Ha..ha..ha sedangkan gua sebenarnya masih
Phiwiiiit-phiwiiittt,masih orait-orait..he..hee
Hope bro-bro kat bukit Angkasa pari-pari tu boleh
bagi merit kat satement gua ni..hi..hi….
Anyway biar pun gua blum tue(ganda 2)
tapi gua selalu pesan kat diri gua jagan
sampai LUPA LIRIK Selimut Putih…he..hee…
Gua harap lu orang pun sama..jagan lupa
itu lirik.Jangan leleh-leleh,hidup bukan umpama
sekadar menjadi air liur basi meleleh di bantal
bucuk,becorak peta tapi tak bermakna. Oraiittttt!

Monday, August 18, 2008

Sumpah Laknat




Izinkan saya memulakan borak-borak dengan awak ni
dengan 1 cerita jenaka.Cerita orang asli masuk Islam.
Berlaku di satu perkampungan suku Jahut
dalam Indramakmur ini.
Ceritanya awak!!..begini…

Suatu malam yang permai setelah usai solat magrib,
bermandikan cahaya lampu geslen didalam
dewan balai kaum.Berlangsunglah upacara pengislaman
beramai-ramai penduduk kampung tersebut.

Tok Batin Jele membuka bicara kepada khalayak majlis:

“Syukurlah,saya sendiri termasuk malam ini
sudah 13x masuk Islam.makanya malam ini saya
menyerulah kepada anak-anak buah semua mari lah
ikut saya masuk Islam.En.Ustaz ini akan bagi kita duit
kalau masuk Islam.Dapat seratus dua pun jadilah,
dah habis esok kita masuk lah lagi Islam ni”


Hah awak!!..13x batin tu masuk Islam.Cuma kulit muncung
belebihnya saja tidak lah sampai 13x dipotong.Sumpah
saya tanya sendiri dengan dia.Tapi tak kuasa lah saya
periksa sampai dalam seluar dia sama ada betul dah di
potong atau tidak.Tak tergamak saya nak nengok “anu”
Batin 67 tahun tu.Silap haribulan boleh demam “Keberah”*
saya.

Itu lah awak….dengarnya awak marah sangat aritu
bila orang-orang Guam mengusik jentik hal Islam kita.
Sampai awak asah2 parang panjang bakar2 kemeyan
perasap keris melatah nak mengamuk.
marah bole tapi biar kena caranya…tapi kalau dah
melatah meracau tak tentu hala itu tak kena.Elok awak
amik wuduk sejukan kepala.

Lepas tu awak megamuk lagi…kes eMBi baru,bercadang
nak buka peluang 10% kepada bukan Bumiputra belajor
kat Uitm.Awak haru biru kan anak-anak awak menjadi
Askar gagak hitam berjemur tengah panas!! protes.

Amenda lah awak…harapkan misai Burt Raynold
je yang tebal yenki..tapi otak letak kat kaki.Kekadang
tegelak besar saya bila tengok mudahnya lah orang2
awak melatah bila di provoke..hi..hiii.

Awak!!! Orang apelah pada orang,kita sendiri lah yang
kena banyak becermin dulu.Lihat kedalam kain kita
dulu, tengok sependar kita koyak ke tidak,atau langsung
tak bersependar.

Yang anak jantannya banyak isap dadah! sape?
Anak jantan awak.
Yang heboh sampai sumpah2 dalam masjid
sambil pegang Quran dan sempat menayang baju raya
mengatakan dubur rabak di sondol orang!! sape?
Anak jambu awak
Yang tayang pusat,tayang dada,tayang ketiak,
buang anak!sape?
Anak dara awak.
Yang mengamok duit rasuah tak di bagi secara adil,
yang lesapkan dadah dari bilik kebal!!,sape?
Orang kuat awak.

Abis camana?
Yalah bahasa saya ni bahasa orang sekolah lama.
setakat pandai tulis baca je..
Tapi saya harap awak paham,takkan nanti budak
Sexy yg pandai belajar kat Sepanyol tu balik
membahasakan awak baru awak nak paham…tak yah la..

Awak marah awak….ha..ha..ha
Tu lah saya kata orang-orang awak ni memang cepat
marah dan melatah bila kena provoke…cepat benor
nak julur keris kontot…awas karang saya cantas
“Keris” awak tu karang,kudung ujungnya…payah
pulak awak nak qadar hajat..itu jam misai tebal yenki
rambut ramos Sivaji awak dah tak guna da..da ilang
manconya…ha..ha..ha

13x Islam masih tak paham-paham jugak.Alahai kesian.

*KEBERAH=SHOCK

Sunday, August 17, 2008

Hikayat Tanah Kayu Suci:SERAKAH




Dia anak kelahiran daerah perkebunan Segi 3 Tamar.
Kini dia telah mencapai kepada tahap usia musim ranum
dara nya.Gelojak darah remaja merangsang hasrat ingin
dia bekelana ke alam ria.

Di suatu rembang senja menjelmalah sang Arjuna Dewa
di hadapan mata.

“Kau ingin mengecapi ria adinda ku?”
“Teramat ingin rasanya di kalbu wahai Dewa ku!”
“Bagaimana jika ku bawa kau ke Taman Kayu Suci”
“Ada apa di sana?”
“Bagai yang di heboh-hebohkan orang di sana ada
ibu segala ria dan suka.Disana hidup ada lah pesta”
“Oooohhh..Dewa ku terbangkan aku segera ke sana”

Setiba di Taman Kayu Suci bermadah bicara pula
Arjuna Dewa.

“Dinda syarat untuk mengecap ria di sini,kena lah
dinda tanggalkan selubung malu mu,ikuti lah adat
adat orang dari negara diatas angin.”

Si dara pun segera melucutkan selubung malunya
bercampur lah dia bersama-sama orang banyak
dengan adat lepas bebas mereka.

Pada malam itu Arjuna Dewa mengarahkan
saudara-saudaranya yang enam beradik meyediakan
temasya ungun api di pesisir Pantai Silara.
Dara yang ranum hendak di ria kan.
Tiba saat dan ketikanya gelanggang temasya pun
di buka.Lagu-lagu memuja birahi dialun-alunkan
dengan iringan kecapi Si Merah Bertanduk Patah.

“Ha..ha..ha ini lah malam syurgawi mu adinda ku.”

Dekah ketawa Si Merah Bertanduk Patah pun turut
sama tinkah bertinkah.Gerak ayunan tarian Permata
Yang Hilang begitus erotis melayar di pesada malam
jahanam.

Kemucak upacara adalah acara memamah lumat
selaput maruah si dara.Si dara dengan rela telah
menyerahkan selaput maruah nya kepada Sang
Dewa 7 beradik.Secara rakus selaput maruah
itu di kunyah begilir-gilir oleh 7 dewa perkasa.
Darah sulung selaput maruah si dara pula di hadiahkan
kepada Si Merah Bertanduk patah sebagai habuan bermain
kecapi birahi.Dekah Si Merah Bertanduk Patah semakin nyaring.

Taman Kayu Suci delapan belas hari kemudian:

Sekumpulan anak pengajian rendah
dalam lingkungan usia 10-11 tahun asyik
menatap lakun layar pesta malam jahanam
pesisir Pantai Silara di talipon gengam
milik ayah salah seorang dari mereka.Adegan panas
wayangan itu membakar segenap ruang saraf
anak-anak tersebut,hingga meleleh kan air geli dari
kepala tak betelingga mereka.Secara perlahan-lahan
anak-anak ini juga telah mula menghafal lirik-lirik
lagu ciptaan Si Merah Bertanduk Patah.

Jahanam.

Saturday, August 16, 2008

Wabak


Taman Kayu Suci,belentara hijau nan permai itu terletak diantara
pertemuan dua buah sungai,Sungai Teguh dan Sungai Belingtem.
Ianya tersohor seantero dunia berusia 130 juta tahun dan menjadi
tumpuan orang belibur di negara Boleland ini.

Paling mengemari Taman Kayu Suci ini ialah orang-orang dari
negara diatas angin.Terutama pada libur musim panas mereka.
Namun malang bagi warga-warga domestik Taman Kayu suci
kerana orang-orang dari negara atas angin telah membawa
wabak bersama kunjungan mereka.Orang-orang atas angin ini
ada lah pembawa wabak penyakit Kuning.

Penularan wabak Kuning ini telah menukar warna-warna
kehidupan warga-warga domestik Taman Kayu Suci.
Dari putih mulus ke kuning jingga.Serangan penyakit ini
kebanyakannya tertumpu kepada golongan belia.Virus
virus Kuning ini akan menyerang minda dan nuraini si mangsa.
Yang aduhainya lahiriah mangsa kelihatan segar dan sihat
Namun batiniah mereka rosak dan hancur.Pesakit-pesakit
ini akan nanar dalam khayal glamour.Meracau-racau persis
zombie-zombie Hollywood.Bagai sesumpah mereka menukar
diri menjadi klon-klon Mick Jagger,Kurt Corbain
Angelina Jollie,J.Lo mahu pun yang veteran-veteran bagai
Robert De Niro maupun Joan Collin…parah.

Akibat plague ini hari-hari yang dilalui pesakit akan
berlangsung bagai pesta-pesta Woodstock.Ranggi
dalam illusi flowerpower..bebas dan lepas.
Sex,alcohols and drugs wirid wajib nafas hidup mereka.
“Life is vacation on earth” seorang sahabat aku klon
Mick Jagger menyatakan falsampah hidupnya setelah
beliau juga disahkan mengidap penyakit Kuning.

So kepada kalian yang ingin berlibur ke Taman Kayu Suci
ini terutama remaja-remaja Melayu yang di harapkan ugama
nya masih Islam,sediakan lah bekalan tablet-tablet pil Iman
Secukup mungkin.Di sini untuk mendapatkan pil-pil Iman
amat payah dan harganya terlalu mahal.Juga pastikan
yang pil-pil iman anda gunakan itu bukan bahan tiruan
keluaran kilang Forum Perdana.Pil-pil iman yang
di hasilkan dari kilang ini mutunya adalah amat di ragui
akan keberkesanan nya.Wallahualam.

Sunday, August 3, 2008

Ke Lembah Kehijauan


Alhamdullilah,kebelakangan ini Panggung aku ini telah banyak
diledakan oleh tayangan pecah KOTAK PEJABAT.
Lantaran itu aku umun kan yang aku ingin merehatkan operasinya
buat beberapa ketika.

Opps maaf Kaca jagan sampai anda punya fikiran untuk
melebelkan aku sebagai tipikal Melayu yang tak boleh
maju sikit mula lah nak tunjuk “EK”.Mula lupa diri suka
bejoli-joli dan paling Exteme bebini 4…chisss…itu
pemikiran bumiputra old skull..ha..ha..ha.

Aku sebenarnya selalu memohon pada yang SATU agar
hidup aku berkat bukan bekarat.ha..ha..ha
biar pun aku bersahabat dengan Tom Selack dan Mik Jaga
yang handsome glamour dan awek keliling pinggang…minta ampun
aku tak mahu gaya hidup yang itu.
macam Dayang Kantor Pengutus Warkah kata…aku ini orang
berkecuali walau hidup dalam ranggi…hi..hiii..hiii
Aku tak mahu kilang Penadol kaya kerana aku.

Aku ingin berkelana ke lembah kehijaun untuk seketika.
Betafakul mencari ilham.Mecari ilmu pengasih penambat
hati golongan orang-orang berotak kapisiti tinggi..hii..hii
Opppsss aku bukan pengamal ilmu hitam yang mecari
Guna-guna bagi melaris diri dan niaga.Aku dari golongan
putih mulus.

Sejujurnya aku akui untuk maintain Panggong Paradise
bukan mudah,untuk layan selera orang-orang berkapisiti
tinggi.Untuk mereka mesti disajikan bahan-bahan terpilih.
Jestru itu aku kelembah kehijauan ini untuk mengutip bahan
bahan segar buat anda…ha..ha..ha.

Bagaimana pun Ben,Ibu Peter Pan dan Dayang Kantor
Pengutus Warkah tahu dimana gunung pertapaan ku.
Ha..ha…ha…Hasta ma niana.