Sunday, August 17, 2008

Hikayat Tanah Kayu Suci:SERAKAH




Dia anak kelahiran daerah perkebunan Segi 3 Tamar.
Kini dia telah mencapai kepada tahap usia musim ranum
dara nya.Gelojak darah remaja merangsang hasrat ingin
dia bekelana ke alam ria.

Di suatu rembang senja menjelmalah sang Arjuna Dewa
di hadapan mata.

“Kau ingin mengecapi ria adinda ku?”
“Teramat ingin rasanya di kalbu wahai Dewa ku!”
“Bagaimana jika ku bawa kau ke Taman Kayu Suci”
“Ada apa di sana?”
“Bagai yang di heboh-hebohkan orang di sana ada
ibu segala ria dan suka.Disana hidup ada lah pesta”
“Oooohhh..Dewa ku terbangkan aku segera ke sana”

Setiba di Taman Kayu Suci bermadah bicara pula
Arjuna Dewa.

“Dinda syarat untuk mengecap ria di sini,kena lah
dinda tanggalkan selubung malu mu,ikuti lah adat
adat orang dari negara diatas angin.”

Si dara pun segera melucutkan selubung malunya
bercampur lah dia bersama-sama orang banyak
dengan adat lepas bebas mereka.

Pada malam itu Arjuna Dewa mengarahkan
saudara-saudaranya yang enam beradik meyediakan
temasya ungun api di pesisir Pantai Silara.
Dara yang ranum hendak di ria kan.
Tiba saat dan ketikanya gelanggang temasya pun
di buka.Lagu-lagu memuja birahi dialun-alunkan
dengan iringan kecapi Si Merah Bertanduk Patah.

“Ha..ha..ha ini lah malam syurgawi mu adinda ku.”

Dekah ketawa Si Merah Bertanduk Patah pun turut
sama tinkah bertinkah.Gerak ayunan tarian Permata
Yang Hilang begitus erotis melayar di pesada malam
jahanam.

Kemucak upacara adalah acara memamah lumat
selaput maruah si dara.Si dara dengan rela telah
menyerahkan selaput maruah nya kepada Sang
Dewa 7 beradik.Secara rakus selaput maruah
itu di kunyah begilir-gilir oleh 7 dewa perkasa.
Darah sulung selaput maruah si dara pula di hadiahkan
kepada Si Merah Bertanduk patah sebagai habuan bermain
kecapi birahi.Dekah Si Merah Bertanduk Patah semakin nyaring.

Taman Kayu Suci delapan belas hari kemudian:

Sekumpulan anak pengajian rendah
dalam lingkungan usia 10-11 tahun asyik
menatap lakun layar pesta malam jahanam
pesisir Pantai Silara di talipon gengam
milik ayah salah seorang dari mereka.Adegan panas
wayangan itu membakar segenap ruang saraf
anak-anak tersebut,hingga meleleh kan air geli dari
kepala tak betelingga mereka.Secara perlahan-lahan
anak-anak ini juga telah mula menghafal lirik-lirik
lagu ciptaan Si Merah Bertanduk Patah.

Jahanam.

19 comments:

bakal atlet said...

ternyata LIN DAN atau nama sebenarnya 'KeLINDAN Lori' sukar untuk dijinakkan oleh Lee Chong Wei..maka tak merasa la Lee Chong Wei akan wang habuan RM1juta tu..

tapi apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..at least wang rakyat sebanyak RM1juta tu dapat dikembalikan semula kepada fakir miskin yang lebih berhak..

MALAYSIA BOLEH!!!

wahid kasran said...

HEBAT BAHASA TUAN..PERLUKAN ANJAKAN AKAL BAGI MENYENTUH PATINYA..

benludin said...

horny lak aku baca..hahha

kaca said...

perrrghhhh...erotik, bombastik, matematik, plastik habis ahhhh..

salute la ko hencek..err..tahap2 boleh jadi pengarang buku sejarah melayu ko ni hencek..ermmm..say no more lah.

PARADISE THEATRE said...

Sekali sekala panggung aku kena ada cerita melampau 18sx...bagi komesil skittt.

atlit bulu tangkiss yg tercabut bulu...tak pe lah at least good try..ha..ha

shafinar said...

ada yg paham & ada yg xpaham ... tapi bila dah abis baca buat2 paham ... leh paham x?

Anonymous said...

Wa seriauuuu ler baca... Rasa mcm terkepot2 membayangkan keadaan si Dara tuh!!

tok mudim said...

PUH!!! AMAT EROTIK AKAN IMAGINASI TERHADAP GAMBARAN REALITI INI.. Aku juga hampir horny ketika menggambarkannya..

PARADISE THEATRE said...

Gua cuma ditakdirkan beperanan sebagai tukang cerita,dah jadi tanggung jawab...kalau tak mampu mencegah dengan tangan cegah dengan hati..itu selemah-lemah iman.anyway itulah realiti kat Taman Kayu Suci...amat menyeramkan.Tiada niat gua mau bikin lu orang horny...ha..ha..

Nat! cerita sedemikian tak manis kalau di kisahkan secara terus terang...lagi pun abang malu nak becerita secara terus..bab-bab gini...so belajar2 lah untuk faham..hi..hii..hii

enam jahanam said...

Taman Kayu Suci tu tempat yang benar2 wujud atau sekadar ilusi metafora?

kalau benar2 wujud, di mana?

PARADISE THEATRE said...

Wujud,cuma dialam nyata nama berbeza,hikayat ini diperceritakan dalam bahasa dewa-dewa...ha...ha..ha.
ala-ala pilem Loard of the ring.

Dimana? Baca banyak kali,dapatkan patinya insy anda akan diberi petunjuk dimana tempatnya.

Anonymous said...

huh hebat ko punya cerita n bahasa

enam jahanam said...

TAMAN KAYU SUCI = HOLLYWOOD GARDEN kot...

PARADISE THEATRE said...

1)Yang elok itu budi yang indah itu bahasa..saya sekadar tukang cerita.Selebihnya inalillahiwainahirogiuu...lahaulawalaquwataillabillahialimazim.Allah diatas segalanya.

2)TKS...somewhere in Indramakmur..he..heee.

enam jahanam said...

ooo..TKS tu di Inderamakmur rupanya..sorry la bro..gua tak hafal peta negeri terbesar di semenanjung malaysia tu..kalau peta REPUBLIK OF PENANG tau la gua..

lagipun gua takut sikit nak memijak bumi negeri terbesar di semenanjung malaysia tu sebab khabarnya ada anak negeri tu yang amat mahir menggunakan C4..

PS-kepada teman2 yang teringin nak tengok sarkis free, mari la turun permatang pauh..sekarang ni banyak aksi2 lelucon yang sedang dipamerkan oleh makhluk2 istimewa yang telah siap dilatih..lepas tu boleh la pekena nasi kandaq di LINE CLEAR yang tak kurang kotornya tu..

limau mandarin said...

6 jahanam..org penang ke?

org AWAK kata calon org AWAK di permatang pauh tu hebat dan ada kelebihan sebab pandai cakap mandarin..

ala..Chua Soi Lek pun pandai cakap mandarin..malah lebih hebat lagi sebab selain pandai cakap mandarin, dia juga pandai berlakon cerita mandarin..

benludin said...

hahahaha...

kalau englishnya LOL=Laughing Out Loud...

dlm BMnya LOL gak tapi = Lu Orang Lawak..

enam jahanam said...

limau mandarin.

ya.saya org penang a.k.a. PEARL OF THE ORIENT..

kenapa? nak berkenalan dan nak jadi sahabat pena ke?

hang pun org tanjung ka?

limau mandarin said...

ya..saya org tanjung kling, melaka.