Sunday, August 24, 2008

leleh-leleh

Dua hari yang lepas gua borak-borak ngan Ben.
nymbang pasal gua tak leh layan lagu nasyid.
Maksud gua nasyid yang contemporary.
Biar lah kalau gua dianggap tak Islamic sebab
tak boleh masuk kepala dengan irama nasyid
yang leleh-leleh gitu.Dah lah penyanyi nya
kelihatan skima gilos dengan attire baju raya
pink kaler dan biru nila…Ha..ha..ha..

Cuba tengok kat tivi atau videoclip, persembahan
kumpulan nasyid ni,persembahan depa ala-ala
koir sekolah rendah dan lenggok bahasa badan
mereka macam ikan kekek mak eloi-eloi je.
kemudian lirik lagu dan melodi leleh tak
meberansang langsung.

Bukan gua anti lagu2 nasyid.Nasyid-nasyid
El-suraya,Al-Mizan,Al-Jawaheer dan yang
terkininya Raihan,kira gua layan abis.

Lagu Selimut Putih El-Suraya tu,kaw-kaw
punya nasyid bagi betul-betul pure tangkap
jiwa.Pernah di haramkan kat negara Boleland
dalam tahun 70an dulu.Biasak lah orang sebelah
sini mana boleh dengar lagu-lagu seriau tangkap
maut gini..hi..hiii.takut hantuuuu…

Sebenarnya gua lebih respek mamat generasi baru
yang galak nyanyi lagu Klasik nasional.
Suara dan stail depa memang ada klass tersendiri.
Yang lelaki memang jenis suara jantan merdu..ha..ha.
Rasanya bro Meor lebih arif untuk komen isu ni
sebab muzik adalah part of his world.What say you Bro?

Opppssss…mentang-mentang gua syok layan
lagu Mat Jaih dan sepupu sepapa dia,jangan
lah pulak kau Diamond n Glass melebelkan
gua pakcik(ganda 2) itu sudah sangat tue sis
Ha..ha..ha sedangkan gua sebenarnya masih
Phiwiiiit-phiwiiittt,masih orait-orait..he..hee
Hope bro-bro kat bukit Angkasa pari-pari tu boleh
bagi merit kat satement gua ni..hi..hi….
Anyway biar pun gua blum tue(ganda 2)
tapi gua selalu pesan kat diri gua jagan
sampai LUPA LIRIK Selimut Putih…he..hee…
Gua harap lu orang pun sama..jagan lupa
itu lirik.Jangan leleh-leleh,hidup bukan umpama
sekadar menjadi air liur basi meleleh di bantal
bucuk,becorak peta tapi tak bermakna. Oraiittttt!

15 comments:

Anonymous said...

ya bro..pada wa nasyid ok,cuma bila dikomersialkan byk yg tak ok dari ok..haha..nasyid ni mesejnya berdakwah..itu baik...sama mengingatkan kita antara sesama manusia.tapi jujur ke kita atau ada kepentingan,,semuanya bergantung pada nawaitu..pada wa nasyid hari ini hanya fesyen jer..especially org melayu islam sangat suka benda2 yang berimejkan 'kebaikan'..sebab imej baik itu sangat laku dipasaran melayu..org politik pun guna imej baik..sebab mereka tau org melayu sangat mudah dibeli dan dimanupulate jiwanya..tu sebab penyangak hari ini..kebanyakannya pakai smart,berlebai,islamik..sebab semuanya blh dibikin..ugama semakin dipolitikkan..pada wa manusia semakin mempermainkan nilai iman dalam diri...
berbalik pada nasyid..act masa nada murni(al arqam punya grup nasyid)album diorang dijual melebihi 1 juta unit..itu jemaah dia byk support,,so bila raihan bikin 1st album yang mana diorang ni pecahan dari nada murni...album mereka dijual melebihi 600 ribu unit..itu history...selepas dari itu ianya adalah bisnes..merperdagangkan imej baik untuk tuntutan dunia dan nafsu semata..sebab baik dimata manusia ini mudah..tapi mulia disisi tuhan itu bukan mudah..jadi janganlah kita memperdaya diri kita senidiri dalam mencapai maksudd dan tujuan dalam hidup..sebab?wa tak rrasa Tuhan akan suka..hehe,wassalam(meorpestajiwa)

ubilepih said...

zillion thanks bro for ur comment.

Anonymous said...

walau pun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya...

walau pun sumpah seribu kali dalam seribu masjid kalau tak sembahyang apa gunanya...

hehe..

Anonymous said...

aku tengok AKADEMI NASYID di TV9 tu pun dah macam AKADEMI FANTASIA dan GANGSTARZ je..

sebut pasal GANGSTARZ,aku nak kongsi sikit..

malam tadi telah berlangsungnya KONSERT FINAL GANGSTARZ di Stadium Malawati (bukan Meliwati), shah alam..juaranya ialah kumpulan ONE NATION EMCEE dari Malaysia..

aku sebenarnya tak pernah minat cerita2 macam GANGSTARZ tu..sesekali tertengok ada la sebab TV kat rumah aku TV lama..so kalau nak tukar channel kena melalui channel2 yang lain..

secara tak sengaja tertengok la semalam..itu pun kejap je iaitu masa pengumuman keputusan juara..

timbul persoalan dalam waktu yang sekejap tu..KENAPA DALAM BANYAK2 NEGARA IAITU THAILAND, INDONESIA, SINGAPURA DAN FILIPINA, YANG JADI TUAN RUMAH IALAH MALAYSIA HADHARI? mungkinkah ini menggambarkan bahawa malaysia negara yang paling sokong benda2 tak berfaedah dan terkinja-kinja seperti GANGSTARZ tu berbanding negara lain yang tidak hadhari?

satu lagi persoalan ialah KENAPA DALAM BANYAK2 PESERTA IAITU DARI THAILAND, INDONESIA, SINGAPURA DAN FILIPINA, YANG JADI JUARA IALAH PESERTA MALAYSIA HADHARI? mungkinkah ini menggambarkan bahawa rakyat malaysia paling hebat dalam hal ehwal terkinja-kinja macam makhluk aneh berbanding rakyat negara lain yang tidak hadhari?

aku pun old skool macam paradise theatre..so kalau ada yang new skool tak setuju..apa boleh buat..

benludin said...

tak lama lagi kita dgr lagu raya leleh plak...

Anonymous said...

I think kan.. Malaysia is trying to be versatile in everything. It's all about balance kot... Sebab dulu masa zaman2 mak kita muda, skirt pendek giler, pastu skarang mak2 kebanyakan dah pakai tudung, pastu baru2 ni agama dah macam dikomersialkan pulak. Ramai yang pakai tudung sebab fesyen, not niat anymore.. Ulamak kat Malaysia dah banyak bercanggah atas kepentingan masing2. It makes muslims in Malaysia confuse at the same time...

I don't know.. correct me if i'm wrong.

Kadang2 it hurts to see when someone who wants to make a difference is being judged differently. Walhal, the person is trying to prove himself that he can do it.. maybe... to highten up his own self esteem... maybe.. tak kiralah.. in gangstarz ke.. in nasyid ke.. Kita pun ada Musabaqah and tahfiz team yang hebat2 belaka apa... Ramai gak org Malaysia kita yang jadi imam di masjid Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia...

So, takder kene mengena dgn islam hadhari dgn yang terkinja2 tuh... Who are we to judge? It is about individuality...

Janji, kita tengok diri kita sendiri and..... start thinking how we can improvise ourself and our family first - towards a positive life ahead of us. (Nina)

Anonymous said...

gua tak leleh dengar lagu raya..

tapi gua leleh tengok ketupat cicah rendang kerang..PUHHH!!!

lagi leleh kalau tengok rempeyek kacang tanah..PUHHH!!! PUHHH!!!

benludin said...

tak silap.. aku ni new skool...tapi buildingnyer old ...hehe

jom pi konsert avril lavigne..!

ubilepih said...

Relax antu raya blum masa raya lagi..he..heee...

Nina coollllll!!!!!!!!.relax-relax jerrr orait-orait jerrrr.

benludin said...

yerp..coolio...

Anonymous said...

Nina..

macam ni la..situasi kita hari ni umpama seorang individu yang duduk berendam dalam loji najis tapi dalam masa yang sama memakai minyak wangi termahal dan berjenama hebat..adakah akan wangi diri kita ini?

bunyinya mungkin agak keterlaluan dan jijik tapi itulah hakikatnya..

kita cuba nak jadi yang terbaik (atau sekurang-kurangnya kelihatan terbaik) dalam hal ehwal agama Islam..

kita bersedekah tapi dalam masa yang sama kita anjurkan konsert terkinja-kinja untuk kutip dana bagi tujuan sedekah itu.. agak2nya sampai ke fadilat sedekah tu?

kita buat musabaqah tapi berapa ramai dari kita ni yang faham dan mengamalkan suruhan yang dizahirkan di dalam setiap ayat ketika musabaqah itu?

kita ada ramai tahfiz tapi adakah para tahfiz yang memelihara perkataan Allah ini diletakkan di tempat yang sewajarnya dalam masyarakat?

malah kita juga jadi teraju utama dalam OIC.. tak kurang juga kita nak jadi HALAL HUB dan supply makanan halal ke seluruh dunia..

pendek kata (panjang pun kata), kita nak jadi yang terhebat dalam memperjuangkan agama Allah mendahului negara2 Islam yang lain..ini satu usaha mulia TAPI DI MANA ASASNYA?

KITA TIDAK MENJUNJUNG ALQURAN & SUNNAH DI TEMPAT YANG PALING TINGGI..SEBALIKNYA PERLEMBAGAAN HASIL ACUAN COMMON LAW OLEH KAFIR YANG KITA JADIKAN PANDUAN PALING TINGGI MELEBIHI ALQURAN & SUNNAH..

so macam mana? mungkin kita tak sedar tapi kita sekarang ni dah jadi bahan ketawa negara2 Islam yang lain..

berbalik kepada soalan Nina iaitu WHO ARE WE TO JUDGE? biar saya tolong jawapkan.. KITA ADALAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW YANG TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MEMELIHARA ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH.. so adakah tidak layak kita2 ini yang telah diberikan amanah tersebut untuk buat JUDGEMENT?

kita kena ingat..Allah tidak mempertanggungjawabkan Islam itu kepada ulama dan pemimpin sahaja.. tapi kepada setiap insan yang mengakui bahawa TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH..

wallahualam..terima kasih Nina..

Anonymous said...

baca ni:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15070

Anonymous said...

Thank you JP, I understand what you're trying to say. It's just that i still feel lucky that i am here in Malaysia.

Nak explain dgn lebih mendalam pun, tak reti sbb vocab limited. BM setakat lulus jer. haha..


Sikap judging is ok kot, but not menghukum, tu tak betul kot... Siapa betul, siapa salah, siapa tak betul, siapa tak salah...

Setiap individu interpret differently. Di mana asasnya terpulang pada niat sebenar kejadian. It's either u look at things half glass full or half glass empty.

Perbezaan kita dgn negara islam yang lain adalah kerana kita pernah dijajah oleh kuasa2 sekular satu masa dulu. Bila, masyarakat kita mula berbilang kaum atas sbb2 sejarah, itu yang membuatkan kita membentuk acuan sendiri, dimana kita mencedok ilmu, budaya dan tradisi dari kuasa2 besar dulu. PM kita yang pertama pun sekular juga. Itu yang membuatkan kita jadi sebegini rupa - present.

And to change is not easy kan.. But, mana2 Malaysian yg sedar diri, are now evolving towards the better. Tapi, untuk mereka yang lupa.. akan terus kecundang dlm perjuangan Islam sebenar. How to change this? How to pull the crowds yg dah ketinggalan?

Like i said before, I feel lucky to be Malaysian. For i am not in Indonesia, Pakistan, Somalia, Bosnia, etc. Dlm era yang semakin carca marba ni... I am glad i still can puasa and berhari raya in peace .
But i thank you for explaining it to me fully. Kalau manusia yg berjiwa halus.. dah nangis dah.. Ni dah bergenang2 airmata nih..

Wallahua'lam bissawab... (Nina)

ubilepih said...

ha..ha..ha.
Nina lu n JP datang dari satu negeri di dlm Semenajung Msia ni..ha..ha...lu orang dua2 dari generasi New Skool..ha..ha..so idea pun fresh2...energy pun banyak,so bekerja keras dan menyumbanglah untuk kebaikan.Dunia ni tempat kita bertugas...macam di sarankan dalam surah Walansri...jgn jdi kita orang2 yg rugi..he..he..dan jauhkan diri dari tak bertuhan..he..he

benludin said...

Nina:
"Kalau manusia yg berjiwa halus.. dah nangis dah.. Ni dah bergenang2 airmata nih.."<--mmg sesuai dgn topik leleh-leleh..:)

alhamdulillah..aku bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaya ni.Negara yg aman makmur. Tidak seperti di Somalia atau Pakistan, yg selalu berkecamuk dan berlaku pertumpahan darah..

aku juga berdoa walaupun aku hidup di negara yg aman makmur ni supaya aku tidak lalai/lagha dengan ujian 'keamanan' yg Allah berikan.

aku juga berdoa supaya Malaya ni tidak diberi ujian 'kesusahan' spt di Somalia atau Pakistan...