Saturday, August 16, 2008

Wabak


Taman Kayu Suci,belentara hijau nan permai itu terletak diantara
pertemuan dua buah sungai,Sungai Teguh dan Sungai Belingtem.
Ianya tersohor seantero dunia berusia 130 juta tahun dan menjadi
tumpuan orang belibur di negara Boleland ini.

Paling mengemari Taman Kayu Suci ini ialah orang-orang dari
negara diatas angin.Terutama pada libur musim panas mereka.
Namun malang bagi warga-warga domestik Taman Kayu suci
kerana orang-orang dari negara atas angin telah membawa
wabak bersama kunjungan mereka.Orang-orang atas angin ini
ada lah pembawa wabak penyakit Kuning.

Penularan wabak Kuning ini telah menukar warna-warna
kehidupan warga-warga domestik Taman Kayu Suci.
Dari putih mulus ke kuning jingga.Serangan penyakit ini
kebanyakannya tertumpu kepada golongan belia.Virus
virus Kuning ini akan menyerang minda dan nuraini si mangsa.
Yang aduhainya lahiriah mangsa kelihatan segar dan sihat
Namun batiniah mereka rosak dan hancur.Pesakit-pesakit
ini akan nanar dalam khayal glamour.Meracau-racau persis
zombie-zombie Hollywood.Bagai sesumpah mereka menukar
diri menjadi klon-klon Mick Jagger,Kurt Corbain
Angelina Jollie,J.Lo mahu pun yang veteran-veteran bagai
Robert De Niro maupun Joan Collin…parah.

Akibat plague ini hari-hari yang dilalui pesakit akan
berlangsung bagai pesta-pesta Woodstock.Ranggi
dalam illusi flowerpower..bebas dan lepas.
Sex,alcohols and drugs wirid wajib nafas hidup mereka.
“Life is vacation on earth” seorang sahabat aku klon
Mick Jagger menyatakan falsampah hidupnya setelah
beliau juga disahkan mengidap penyakit Kuning.

So kepada kalian yang ingin berlibur ke Taman Kayu Suci
ini terutama remaja-remaja Melayu yang di harapkan ugama
nya masih Islam,sediakan lah bekalan tablet-tablet pil Iman
Secukup mungkin.Di sini untuk mendapatkan pil-pil Iman
amat payah dan harganya terlalu mahal.Juga pastikan
yang pil-pil iman anda gunakan itu bukan bahan tiruan
keluaran kilang Forum Perdana.Pil-pil iman yang
di hasilkan dari kilang ini mutunya adalah amat di ragui
akan keberkesanan nya.Wallahualam.

8 comments:

kaca said...

Hencekk..

Hantar mai pil tu ke sini dalam 2, 3 tablet. Kalau modal lebih hantar 3 kotak sekali gus ya. Kena telan pil jugak aku ni..

ongkosnya ko masuk dalam buku 555 ya. balik mesia nanti kira. kalau nak kira cincai pun lagi bagus. muahahaha.

Anonymous said...

Jkk ..tersirat di sebalik yang tersurat..

Anonymous said...

hebat tulisan tuan...

namun sekarang ni dah ada wabak baru iaitu MENGGUNAKAN AL-QURAN HANYA UNTUK BERSUMPAH DENGAN PERKARA-PERKARA JIJIK, KOTOR, LENDIR TETAPI MENOLAK AL-QURAN UNTUK PERKARA-PERKARA YANG MELIBATKAN UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN SEBUAH NEGARA...

so..pil atau tablet apa yang sesuai untuk wabak sebegini?

ubilepih said...

1)Sorry sis gua tak ada kilang itu pil,gua mahu telan pun kena beli ooo...stock gua pun selalu abis,sebab bila gua mahu bertapa gua kena melalui Taman Kayu Suci.Itu tempat cantik tapi ANKER dong!!!ha..ha..ha

2)Terima kasih puan kalu dapat menagkap makna yang tersirat..ha..ha..maaf sekembali dari pertapaan ini panggung gua banyak tayangan prono triple x..hi..hi..hii

kaca said...

erkkk...kalau gitu aku kena cari kat dealer lain arr..eheh.

ubilepih said...

En Hussin itu macam kalu kena masuk ICU je la..ha..ha.

Kaca lu kena cari dealer yg betul-betul,sila cari yang ada chop sirim Tasauf...ha..ha..wallahuallam.

Anonymous said...

kalau ICU pun tak nak terima, encik hussin bawak ke metal scrap je..abis cerita..

ubilepih said...

Scrap pun mahal sekarang..he..he..he.tak lama lagi kita akan masuk klinik ramadhan..so sama-sama kita perbetulkan diri.Cintai lah mati.