Wednesday, December 30, 2009

MATRIX


CUT TO

EXT:

KOTA FUTURISTIK

MASA:

SIANG

VISUAL:

SEORANG LELAKI 53THAUN BERPAKAIAN SERBA PUTIH

DUDUK DI SEBUAH BANGKU REHAT DALAM SEBUAH TAMAN BUNGA.

WAJAHNYA TENANG MEMERHATI GELAGAT MANUSIA

MANUSIA KOTA RAYA DI SEKELILING NYA.

BERANIKA RAGAM DAN GAYA

SEORANG REMAJA LELAKI DI SEBELAHNYA 17TAHUN

BERBAJU T WARNA TERANG BERHIASKAN LUKISAN

GRAFIK DENGAN SLOGAN

‘SAVE OUR EARTH'

ANAK REMAJA ITU BERSUARA KEPADA LELAKI TUA


PAN:
“UNCLE INI KOTA RAYA…UNCLE JANGAN TERLALU

PERCAYA SANGAT DENGAN MANUSIANYA…

DI KAMPUNG BAGUN PAGI ORANG PIKIR CAMANA NAK CARI MAKAN

DI SINI BANGUN BAGI ORANG PIKIR NAK CARI SIAPA UNTUK DIMAKAN.

JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN MANUSIA DI SINI UNCLE"


JANA KHATIB JR:

"KALAU DUNIA INI SUDAH HILANG NILAI KEMANUSIANNYA..

BIARLAH KITA MENEGAKANNYA KEMBALI…

HILANGKAN PRASANGAKA BURUK DALAM DIRI..

BIARPUN TERKORBAN KEBAIKAN WAJAR DI PERTAHANKAN."


PAN:

"HATI-HATI UNCLE

JANGAN TERLALU IDEALISTIK..

ORANG MUNGKIN SUKA KALAU KITA BAIK

TAPI TIDAK MUDAH UNTUK MEREKA

MEMBERI HURMAT…

KEIKLASAN CUMA MAINAN KATA DI BIBIR

BAGI MENCAPAI MAKSUD TERSIRAT

ITU AMALAN WARGA BANYAK DI SINI.."


JANA KHATIB JR:

(KETAWA)

"BIARLAH ANAKKU..JAGAN DI BALAS KEBURUKAN

DENGAN KEBURUKAN

KELAK KITA PUN SAMA RENDAH NILAINYA

DENGAN YANG BANYAK.

KEBAIKAN LAH JUGA YANG BERMUTIARA AKHIRNYA."


TIBA-TIBA SATU LEDAKAN BUNYI TEMBAKAN KEDENGARAN

DADA JANA KHATIB JR DITEMBUSI PELURU EMAS.

DARAH PUTIH TERPANCUT KELUAR DARI LIANG LUKA.

SEBELUM REBAH KEBUMI TUBUHNYA GHAIB

PAN TERKEJUT MELIHAT KEJADIAN.DALAM KEKALUTAN

DIA BETERIAK;


PAN:

"UNCLE…UNCLE…JANGAN TINGGALKAN PAN…!!!”


FADE TO;

JENAZAH JANA KHATIB JR TERDAMPAR DI SUATU DAERAH PENDALAMAN

YANG MEMPUNYAI BATU PENANDA ‘0’


CUT TO

EXT;

KUALA LUMPUR

TAHUN 2010

MASA;

SENJA

VISUAL:

SEORANG WANITA BERUSIA 46 TAHUN.MEMANDU KERETA

PULANG DARI PEJABAT.TERPERANGKAP DALAM

KESESAKAN JALANRAYA BERHAMPIRAN BATU CAVE.

BAGI MEREDAKAN KETEGANGAN DIA MEMBUKA

RADIO,MENCARI SIARAN KELASIK NASIONAL.

TIBA-TIBA DARI CORONG RADIOA DIA TERDENGAR.


RADIO:

"..TOLONG SAMPAIKAN PADA PAN BAHAWA UNCLE NYA

AKAN TETAP MERINDUI NYA HATTA SAMPAI

….BEBAN RINDU DIBAWA KE SYURGA.”


END

Wednesday, December 16, 2009

Basic Instinct



Dalam pemerhatian saya kelazimannya
si pemilik nama MOKHTAR ini
gagah-gagah orangnya.

contoh....Mokthar komando,Mokthar Dahari
dan paling hebat Omar Mokthar...

Kalau benar apa yang diheboh2kan
maka padan lah dia..berhajat,tenaga gagah,ringgit tak kurang
hubaya...hubaya...handalnya dia..
maklumlah orang lama

Dulu Bung sekarang Bang...
handal dia mendayung menongkah gelombang
kalau tak masakan berhajat dia
yang hendak dikayuh bukan sebarang kolek
koleknya molek lagi lentek.
silap ongek lutut lembek

mendayung biar sampai
jangan kepalang hajat
nafsu ada tenaga kurang
biarlah lesung tembus antan tak patah.
gambir serawak jagan dipapah
pantai tak jejak badan yang punah.

ada duit jadi belaka
umur tak pernah menjadi bangka
ular lidi menjadi naga
meloncat mengeletek
si ulat nangka..

p.s orang2 tua taraf marhaen macam saya ni
daripada meleleh airliur mendegarkan kisah
mokhtar gagah elok lah kita baca PDK..ha..ha..ha.




Wednesday, November 25, 2009

Road to Mecca



Salam Aidil Adha.Maaf Zahir dan Batin.
Semoga kita bahagia menjadi muslim
mudah-mudahan Islam yang kita ada ini
bukan sekadar Islam baka.



Saya termasuk dalam golongan
mereka yang tidak mengemari
rancangan Forum Perdana

Sunday, November 22, 2009

SINGAHPURA DILANGAR TODAK


Dia lebih ke hadapan di dalam berslogan



....SELAMATNYA TEMASEK DEK KERANA AKAL BUDAK!!!!

p.s: Pelakun cilik ini dari rumah bangsawa Jawa Peranakan.
terima kasih kerana meminjamkan saya bintang
berbakat besar ni.

Tuesday, November 17, 2009

Twilight zone


Apakata kalau cerita ini di jadikan kisah sebenar
yang terjadi kepada anda.
Misalkan saja watak anda ini merupakan seorang model.
Model yang amat Ngetop di kota metropolitan
Kehidupan anda disalut kemewahan dan
gelamour.Baik saya mulakan kisah anda itu begini…..

Ext:
Kamar tidur sebuah apartment mewah.
Jam 4.30 pagi.

Visual:
Anda baru pulang ke rumah,
selepas usai aktiviti hari libur anda.Clubbing.
Kepala sedikit memberat akibat pengaruh alcohol.
Anda mabuk..issshhh apa kelas mabuk
Cuma sedikit high..ya high ungkapan itu baru nampak trendy
sesuai dengan gaya hidup sebagai orang urban.
Di kamar sebaik saja selesai menghidupkan Aircon
Anda pun merebahkan badan di katil tanpa kalut2
hendak menyalin pakaian.

(zaappp skin layar gelap)

CUT TO

Commercial:
Potong…potong…pot..tong..pooo…tong
Apahal SPR kena buat rayuan atas
keputusan mahkamah?
Betul2 sarkas daaaa!!!!!!

CUT TO

Ext:
Hutan belantara Congo

Visual:
Ditengah2 hutan hujan tropika Congo,
bila anda membuka mata tiba2 anda mendapati
diri berada di situ.Anda berada di dalam tawan
Gerila pemberontak.Anda mengonyoh mata beberapa kali
serta menapar nampar pipi..tidak anda tidak bermimpi.
Pihak pemberontak tengah melahap daging Silver back gorilla.
Perut anda berasa mual dan tekak meloya.
Anda cuba protes!
percuma tingkah anda cuma jadi bahan
lawak kepada gerombolan pemberontak tu.
Sekoyong–koyong tawan di sebelah anda
diseret oleh para seldadu.
Tawan itu di bawa ke pinggir sebuah lubang
yang baru siap digali.
Di situ sitawan telah disembelih lehernya hidup2.
Menyaksikan peristiwa itu,membuatkan seluruh anggota
anda mengeletar.
Air suam tiba-tiba terasa membasah di celah kangkang.

ANDA: Yaaaaa…aaa..a…ALLAHHHHH..
Seseeeseeeee…selamatkan…lah..aku…

Itulah pertama kali semenjak anda akil baligh menyeru
nama Khaliq.Selama ini Allah telah lama anda lupakan.
Sekarang apakah yang anda takutkan?
Sang penyembelih sadis itu?...Ngilu parang tajam?
Maut?...
Apa2 pun saya serahkan cerita ini kembali kepada anda
Kerana ini kisah anda…ha..ha..ha

END

Friday, November 6, 2009

OUT OF AFRICA



SETELAH MENONTOI TIVI TIGAsuku SEMALAM BARU SAY A TAHU

RUPA-RUPANYA WANITA MELAYU KOTA

SEKARANG PUNYA CITA RASA DAN KEGEMARAN AGAK PELIK

YA …AGAK PELIK BARANGKALI BAGI LELAKI MELAYU KUNU MACAM

SAYA…OPPPSSS MAAF…MAKSUD SAYA SEBAHAGIAN WANITA MELAYU

BUKAN SEMUA.(kEtAwA)

YA SAYA PELIK

KENAPA RAMAI SEKARANG NI WANITA2 MELAYU TU GEMARKAN

TELOR MASIN DAN PISANG BAKAR HANGUS.

BETUL KATA SAHABAT SAYA J.P ‘HITAM ITU MENAWAN’

TAPI TAKKAN LAH SAMPAI SANGGUP DIRI JADI TAWANAN KEGELAPAN.

KERANA KEMARUKKAN

MAKAN PISANG BAKAR HANGUS RASA TELO MASIN

ANAK KANDUNG MATI TEDERA KEKASIH GELAP

APA KE JADAH TU!!

SEDAP SANGAT KE

PISANG HANGUS TELO MASIN DARI AFRIKA TU

SAMPAI ADA YANG SANGGUP KETUK PINTU BILIK BUJANG

PAHLAWAN ZULU TENGAH-TENGAH MALAM BUTA.

SEPEKARA

SAYA NAK BERTANYA KEPADA PENDEKAR2 MELAYU

DARI PERSILATAN JALUR 3

TAK TELAWAN KE AWAKME AKAN PAHLAWA ZULU TU

JANGAN CUMA MEREKA BERTUBUH SASA

AWAKME RASA CUAK,KALAU SESAMA KITA AWAK

BUKAN MAIN GALAK.

KALAU TAKUT BERJADAN KEDERAT

GUNA LAH MUSLIHAT.KALAU ADA AKAL

GERGASI GURAGAS PUN DAPAT DI TUMPAS.

KAMU-KAMU FAHAM AKAN CERITERA SAYA NI?

MAAF LAH CERITA-CERITA SUNDAL BEGINI TIDAK MANIS

KALAU ORANG TUA SEPERTI SAYA BECERITA DENGAN

TIDAK BERKIAS BERLAPIK.

TIDAK MAHU SAYA NANTI DI KATA SI TUA PENCARUT.

MAKANYA PANDAI-PANDAI AWAKME LAH

NAK MEMAHAM MAKSUD

(kEtAwA)

Tuesday, November 3, 2009

Semerah Padi




semenjak ramadahan lepas lagi dia begitu...
pendiam dan sepi.
barangkali dia telah menjadi amat tawadhuk
dan mengalas warak yang bersungguh.
saya amat-amati paling jauh suaranya cuma
dapat di dengar dengan jelas sejauh radius
20 meter keluar pekarangan pagar.

megapa begitu jadinya.
saya bertanya kepada pihak penjaga
dan ini jawapan yang di beri:

"SPEKER ROSOK ANTO DOH KEDAI TONG CHONG
TAPI DAH DUA BULAN TAK SIAP-SIAP."

dulu Ben ada hadiahkan cd megaji bacaan qari
Sheikh Rashid Masyari.hasrat hati hendak lah
mendengar alunan bacaan merdu Sheikh itu tika
tengang waktu menunggu masuk waktu fardu
paling lekeh pun seminggu sekali pada hari jumaat pun memadaailah
tapi sayang hasrat itu tak tertunai gara-gara cina Tong Chong masih
tak siap repair speker.

Alunan ayat-ayat suci itu bagi orang tua seperti saya
boleh menjadi terapi hati.maklum lah orang yang dah berusia
seperti saya ini rasa rindu-rinduan pada Khaliq sudah mula berbunga.
maklum saja lah kami ini dah tak berapa lama lagi akan di jemput balik.

terang cakap tak mungkin orang tua ini akan bahagia cuma dengan
sajak-sajak PM yang ditayang kat tiBi saban malam.
paling-paling pun saya akan sedikit tergelak degan lengguk tubuh
dan kerut dahi beliau yang bersunnguh.(KETAWA).
ya saya maklum bukan mudah nak dapat angka 1.
bejerih bejelir dia nak 1 malaya tapi M.C.A nak dua ketua juga
kesian.

berbalik kepada masjid saya yang sepi.
barangkali ia akan kembali ceria kalau di swastakan.
kalau boleh saya cadangakan elok sangat di tender kepada pihak MDL.
saya yakin pihak MDL ada caranya.Umpamanya dengan mengenakan
kupon-kupon bayaran bagi setiap sesiapa yang ingin mendengar
bacaan Al-Quran.
tidak boleh di ragukan lagi bahawa MDL
adalah merupakan Majlis Daerah yang terbijak saentero negeri Makmur ini.
kenapa tak percaya? untuk bukti klik sini


Wednesday, October 28, 2009

DOSTI


Petang Sabtu yang santai

Setelah selesai beliau merasmikan pelancaran buku Sembang Tepi Jalan Meor

Pyanhabib bertanya pada wa:

“OK TAK WA CAKAP TADI?”

Saya kata:

“OK SANGAT SEBAB LU CAKAP DARI HATI

DAN CAKAP LU TAK SERUPA Y.B”

(KETAWA)

Pyanhabib:

(KETAWA)

Kepada Meor:

Bro kalau di petang itu lu masih rasa belum puas menghibur,apatah lagi kami khalayak yang masih tekun mahu mendengar.Wa dan Ben sependapat elok lu bikin satu program lain untuk menghibur pengemar-pengemar lu dan rakan2.Kasi bikin Gig atau mini konsert contohnya,Wa rasa kalau lu bikin jauh di ulu Selanggor orang akan kunjung juga.Cuma wa rasa lu perlu bikin sesuatu yang lebih tersusun dan terancang baik dari sudut promosinya juga pengendalian program itu sendiri.Wa rasa Bro Pyan punya pandangan yang bernas bagi idea ini..cuba-cuba lah menyembang dengan dia.

Mesti kaw punya kalau Lu,Pok de Nan,Nik,Rahmat kasi bikin gig..ha..ha..ha

Mahu tak mahu lu orang kena terima bahawa lu orang sudah ada khalayak pengemar yang ramai bro..(KETAWA)

Rahmat:

Terima kasih kerana sudi melagukan LAGU AMAN LAGU DAMAI,wa tengok kepala Pak Samad pun bergoyang tanda terhibur(Ketawa)

Barangkali mood lagu itu serasi dengan jiwanya

(SENYUM)


Wednesday, October 21, 2009

Who am I?!


AM....
AM..ape?
AMENO...
No....
NO...ape?
NOGUD..
GUD.....?
GUD...ape?
GUDBAI....
BAI....
BAI...ape?
BAIPAS...
PAS....
PAS..ape?
PAS-E-WEI.

Mentera ini bole di buat ilmu pengasih...tapi kena betul dengan cara dan syarat-syaratnya.
Ada sesiapa berminat...tekan loceng tanya sama dukun ubi...ha..ha..ha..cepat..cepat

Monday, October 12, 2009

Sunshine



...Kalau lah aku kena loteri...kalau lah dapat kawin 2-3
...kalau lah aku dapat makan angin ke Paris..kalau..lah
kalau la..kalau...kalau macam2 itu aku dapat pasti aku
BERGUMBIRA..ha..ha..

Ape-ape je lah,angan2 itu elemen gumbira juga..ha..ha.

Wa..ha..ha masih yang sempoi2..mende yang sempoi je
bole bikin wa gumbira...ha..ha..minggu lepas banyak
wa dapat kegumbiraan.

1.Bersama-sama rakan REVOLUSINER di GK di malam
keraian,sembang2 makan2.Wa gembira.
(REVOLUSINER istilah Pak Samad pada Kami2 disitu)

2.Album DRUR meor dah lahir wa da dapat dengar.Sedap
Wa gembira.

3.Beraya ke rumah Pokde Nan(Nan Blues).Sedap mat weh
mi kari deme.Terima kasih pada akak,lain kali jemput
lah lagi kome weh..ha..ha..ha.Keh Gembira

4.Bro Pyan sudi bantu mengemas dan bagi tip untuk bikin
cantik skrip wa yang sulung,pun itu buah gumbira wa gak.
(Tq Bro)

5.A.B dah luluskan "MAT FOREST" dan mengalaskan kepercayaan
agar wa bikin lagi dua ceritera..ha..ha..ha.
Gumbira gilerrrrr Wa.(tq Bro)

6.Lepak rumah Nikjidan..oppsss Istana Mistikal Nik..dengar
kisah-kisah busker muda kental ni..seronok..gembira juga
(Bro wa tengah layan CD lu...masyukkkkkk Maybe Ben nak 1)

7.Sham kalau wa tulis lirik lu kasi bikin lagu mau tak Sheikh?
Gumbira juge wa kalau lu sudi..he..heeeee...hee

8.Di ribaan saya Pan melafazkan Ayatul Kursi dengan petah dan
fasih...ini bikin hati wa sangat2 gumbira..ha..ha..ha

Selamat begumbira semua.Gumbira wa tak ada kelas kerana didalam
rasa kita kena bebas dan telus...ha..ha...ha..ha..Wink

Sunday, October 4, 2009

Kembara Seniman Jalanan




Memiliki hidup mewah,isteri jelita,kereta bergaya

kediaman persis istana…emmm itulah interpretasi

saya tentang bahagia.Bermunajat lah saya saban saat

memohon pada tuhan agar tuhan memperkenankan

pinta.Itu suatu ketika dalam farsa hidup saya.

Lama saya terperangkap dalam jaringan fikir begitu.

Namun bila apa yang di pinta tak kunjung tiba

saya jadi amat kecewa.Hati mula melara dan paling

jahanam hati jahat mula mempertikaikan Tuhan.

Aduh!!!

Tapi tuhan itu punya rencana lain untuk saya.

Dia itu Maha pengasih Maha Penyanyang.

secara tidak terjangka akal sebenarnya Dia sedang

memberi ajar bahawa interpretasi saya itu salah

dan nanar.Secara pelahan saya mulai faham setelah

dewasa bersama usia dan pengalaman.Kiranya

bahagia itu anugerah nikmat untuk di hargai datangnya

ia tidak berbentuk material duniawi semata,

Rupanya saya juga bisa berbahagia bila bangun dari

tidur mampu mendengar kicauan burung.Bahagia juga

bila melihat rerama menari di gigi air,air sungai yang

jernih menelusur di celahan batu-batu…bahagia juga

saya bila tidak sesak nafas saban hari menelan asap cemar

dari kehidupan kota metropolitan…ha..ha..ha..

Berbahagia sekali saya kerana tuhan memberikan

hati yang masih merasa belas terhadap kesusahan orang.

ya sifat belas itu juga membahagiakan.

Dari rasa belas terhadap nasib etnik pribumi saya lahirkan

Raungan Anak Belantara.Dari rasa belas terhadap anak manusia

yang resah dengan racau dan kalut dunia, saya luahkan

Lagu Aman Lagu Damai.Dua buah ilham rasa saya telah

Meor dendangkan di dalam D.R.U.R nya.Kesudian Meor itu pun

menjadi buah bahagia saya.Terima kasih Bro

Maka jadinya sekarang bahagia saya sifatnya sesuatu

yang amat abstrak yang ada didalam.Cuma dapat di

rasai bila saya mampu menghargai nikmat anugerahNYA

Sekiranya tuan.puan dan nyonya sudi untuk

berkongsi secebis dari rasa bahagia saya dapat kan DRUR

dari Meor dengan membuat pesanan terus ke:

MEOR YUSOF AZIDDIN MEOR HASSAN

CIMB:14410078931526

no talipon:0125901798

Thursday, September 24, 2009

Panji Tengkorak





Harap orang seberang tidak marah dengan aku gara2 tajuk pilem ni!!!!
ha..ha..

Dari banyak2 pilem karutmarut Hollywood yg di adaptasi dari komik,aku sangat suka dengan siri pilem2 Batman.Sebab apa aku tak tau,barangkali kerana suramnya yang mistikal atau dalam diri aku ada Batman yang terkurung...ha..ha..ha.Dari salah satu siri pilem itu aku masih ingat dengan dialog si wira kelawar kepada wirawatinya.

" Sebenarnya setiap orang memakai topeng"

Ha..ha..ha..tinggalkan saja lelaki kelawar itu bergelendangan di dalam gua diri si ubi.

Sebetulnya saya setelah usai lebaran ini ingin menyemak-nyemak diri.Sejauh mana rawatan Ramadhan bebekas kepada diri.

Wahai diri bergelar Ubi,bagaimana kamu?Setelah di rawat ramadhan apa masih ada ralit bertopeng-topeng di wanyangan hidup.Ubi kamu itu calon jenazah.
Masihkah kamu angkuh dengan menyediakan buku kanun ciptaan kamu yang kamu gunakan sebagai justifikasi hidup.Di halaman orang semuanya merah segala aib menjadi tingkah dimata kamu hak orang semuanya compang camping.Di halaman kamu segala hijau sejahtera tiada noda dan dosa.Jangan kamu cuba-cuba menjadi tuhan ubi.Kamu itu calon jenazah jua sudahnya.

Tiada maksum bagi kita,tapi sedaya mungkin elok lah kamu elakan menista caci carik rabik aibnya orang.Asuh lah hati dengan zikir ingat,cucilah pakaian sendiri yang masih bedaki lendir.
Sukar berhadapan dengan peperangan yang ini,demikian juga lah saudara-saudara kamu..kita sekadar boleh bertolong bantu dengan berpesan-pesan.Menahan sabar memang lah payah tapi itu lah senjata ampuh di medan ini.Kata maaf tidak ada apa-apa makna jika hati tidak mampu melupakan khilaf.Ubi kamu itu calon jenazah...daya tak daya berusaha lah kembali kepada fitrah.

Monday, September 14, 2009

Tayangan Hari Raya



Jika begini lah hebatnya The BoSs
maka
Kepada Matador2 pemengal kepala lembu
Kepada Steve Segal melayu yg cool
Kepada yang lupa diri dah pencen
elok lah pikir2kan dulu sebelum
beremosi,sebelum beraksi..
tepuk dada tanya ilmu...
Jangan sampai kita di kalung selipar.
Hero betul deme2 tu sekarang ni weh!.ha..ha..ha

Bunga- bunga api
telah mula di bakar
percikannya boleh membakar hangus
langsir kerharmonian...
tak beraya kita..ha..ha..ha..ha

SELAMAT HARI RAYA SEMUA>MAAF ZAHIR BATHIN.

Thursday, September 10, 2009

James Dean



Ha..ha..ha..ha
Masa ni wa kenit sangat lagi..masih betelanjang bulat
Zaman wa dengan Shuk duduk kat Malay Bazar.
Gamankya itu jam Pak Hashim Zamidi dah mula membela remos kut.
ha..ha..ha saja gurau2 Pak.kekadang dekat2 raya ni layan nostalgia
seronok juga..tapi dalam mood yang terkawal lah...ha..ha
Harap anda semua tumpang seronok dengan video klip
stoneage tu..ha..ha



Sham ni wa dah jumpa.Tq bro...memang Tielman ni class...ha..ha..ha
Retro sungguh.

Monday, September 7, 2009

Ragging Bull



Salam oneMalaya,Salam oneMalaya,salam oneMalaya

kah..kah..kahh....Betul ke kita akan bersalam
kalau gini caranya..ha..ha..ha

Ini bulan Ramadhan ubi...kamu sebagai orang Islam
hurmati lah bulan mulia ini
Kamu jaga lah puasa kamu,puasa bukan sekadar menahan
lapar dan dahaga.Islam itu ugama sejahtera...
belajarlah untuk menjelaskan makna sejahtera.

Jangan kamu gemar Berbangang-bangang (sila lihat aksi
Steve Segal dlm video klip diatas) sedarlah diri kamu
cuma pelakon tambahan didunia ini.

Ubi siapkan SKRIP kamu yang itu..banyak lagi yang belum
selesai,SKRIP itu skrip kasih sayang,skrip tatasusila
untuk beradab.Shhhhhh...diam kamu ubi.

INI MASIH LAGI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YG
JAHIL


YA ALLAH AMPUNKAN AKU YG SELALU MEZALIMI DIRI

Monday, August 31, 2009

Mat Karung Guni





Ubi sebelum kamu turut bersama berasa kecil hati terhadap Tuan Guru itu
elok lah kamu menjenguk dan melihat kedalam diri kamu.Nilaikan dulu
apa kah kamu ini telah betul-betul berada di jalananNYA.

Ada pun dosa yang tidak di ampun tuhan itu ialah apabila kamu mati
dalam berlaku syirik.

Syirik itu ada 2 macam;

1.Menyekutukan kekuasaan Allah.
Mempercayakan bahawa ada lagi selain kekuasaan Allah.

2.Menyekutukan pelaksanaan hukuman Allah.Iaitu mempergunakan
hukum agama dengan menghalalkan atau mengharamkan sesuatu
pekara yang di paksakan ke atas sebahagian manusia,padahal
hukuman tersebut bukanlah datangnya daripada Allah.

Ubi semak-semak puasa kamu,jikakalau seelok habis sahur,kepala
kamu telah mula berbeka-beka tentang juadah apa untuk berbuka.
berapa anika untuk di sedia.

Semak-semak puasa kamu kalau sekarang kamu telah berencana
hendak mepergakan pakaian pelbagai gaya di hari raya.

Benarkah kamu sedang menjaga puasa sekarang.
se eloknya kamu jauhi lah bazaar-bazar Ramadhan jika tiada kepeluan.
Ingat di tahun mendatang tiada jaminan pasti yang kamu masih
bisa menjadi tetamu Ramadhan lagi.

Ini sekadar pesanan ubi untuk dirinya sendiri.Diri yang selalu lupa dan alpa.

Wednesday, August 19, 2009

Colour of Paradise



1...2...3...ACTION
This is my 1st short movie...ha..ha..ha..


p/s aksi si cilik itu wa rakam secara candid.
di sini wa juga ingin war2kan Rabak n Raban
serta banyak lagi kartun mencuit rasa bakal
lahir pada tanggal 24/8/09 ini di halaman
GEDUNG KARTUN,sila dapatkannya di kedai2
toko2 akhbar yg berhampiran jangan terlambat
kerana ia adalah sesuatu yang terhebat diMALAYA.(wink)

Tuesday, August 18, 2009

The Curse

Seperti lazimnya Azura memang creative jika berlawak
dengan saya,dia adik xplorasi saya yang paling nakal
dan ngam dengan saya,walaupun kami tak pernah
bergandingan berlakun docudrama xplorasi.Saya dah
tahap Harrison Ford sedangkan dia masih genit macam
Halle Berry,makanya kami tak sesuai di gandingkan
nanti nampak macam beauty n the beast..ha..ha..ha.
Nakalnya yg creative itu terserlah sewaktu dia snap
photo saya masa saya buat skin dive ni...ha..ha..ha

"haiyaaaaa.....after waiting for hours n now only come aaa.. n full of people somemore...everyday like this,i can get heart attack loooo"sunggut wanita tionghua itu kepada rakannya.
"Betul U cakap....nanti pose time kalau ini macam I bole pengsan!!" sahut rakanya pula.

Perbualan dua insan yang pulang kerja ini saya tangkap sewaktu
di dalam komuter.K.L Sentral 4.45 ptg 17/8/09.

Nama KTMB itu ada badi sumpahan barangkali.


Begitu juga dengan rancangan X-plorasi RTM.Punya element yg
sama.Sering saya sarankan kepada Bob rasanya juga kepada
kamu JP,seeloknya adakan satu racangan khas "THE MAKING
OF X-PLORASI".30 minit rancangan kembara lasak yang di
siarkan,penonton tidak pernah tahu cerita di sebalik pembikinannya.
Trill dan advencernya lebih gerun...ha..ha..

Berkayak didalam gelap malam yang pekat melawan arus deras
sungai Telom,tangan rafter tertusuk pisau sewaktu menuruni jeram
Roda 4x4 tercabut di lebuhraya Karak.Kisah jerih para
krew pembikinan x-plorasi tidak kurang hebatnya.

Terkini tanggal 9/8/09 saya sekali lagi bersama team x-plorasi
terkena badi sumpahan itu.Dalam perjalanan ke Pulau Tinggi
Bot yang kami naiki patah bilah kipas terlanggar bongkah
batu.Akibatnya bot itu cuma mampu begerak dengan 1bilah kipas.
Waktu itu hujan dan laut begelora.Ombak agak menganas.
Meskipun tidak sehebat Perfact Storm,tapi sudah cukup
membuat kami mual mabuk.Azura yang kental itu pun
meminta dari saya pill garlic untuk menahan mabuk.
Pengalaman agak pahit bagi isteri Bob barangkali kerna
terpaksaa berulang ke tandas meluahkan isi perut.Nasib
si Azim anak mereka 3thn itu tidak banyak ragam.

Di hari ke2 pegambaran Bot berkuasa 600 horse power
milik Taman Laut yang kami naiki pula terlangar karang
mengakibatkan penutup injin bahagian atas tercabut
namun syukur injin tidak rosak.

Sepanjang kami di Pulau tinggi cuaca tidak begitu baik
laut bearus deras di landa pukulan ribut tenggara.
Kejernihan airnya pun amat terbatas.Hasrat saya dengan
Bob untuk menamatkan kursus scuba kami pun terbantut.
Jadual kerja kami juga agak ketat.Saya dengan Bob cuma
mampu membuat satu selaman yang singkat,itupun setelah selesai
tugasan.Pun begitu saya bersyukur pengambaran di P.Tinggi
masih dapat kami sempurnakan.